Diam kamu!
Kata Ridhuan Tee kepada ketua Wanita MCA
Usah campuri urusan umat Islam, fokus masalah parti yang kalah teruk
14/10/2018
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 5 Safar 1440H, Ahad – “Diam,
Heng. Kamu siapa mahu campuri urusan umat Islam. Kamu bukan pakar, jauh sekali
golongan agamawan. Lebih baik tutup mulut.”
Demikian bidas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap Pengerusi
Wanita parti perkauman MCA, Heng Seai Kie, yang mempertikai tindakan Mahkamah
Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak.
Pendakwah bebas yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal
Abidin (UniSZA) itu berkata, urusan Mahkamah Syariah bukan parti politik
seperti MCA, dan bukan juga urusan orang bukan Islam untuk menjaganya.
“Ini urusan umat Islam. Heng tiada hak untuk campur tangan.
Lagipun siapa kamu? Ini urusan mahkamah untuk orang Islam. Jika tak setuju,
tutup mulut. Kamu tak ada kuasa ke atasnya.
“Saya fikir lebih baik kamu (Heng) memberi kenyataan mengenai
layanan komunis terhadap etnik Uighur di China. Itu lebih bermanfaat daripada
menyakiti orang Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Heng
yang menganggap hukuman secara terbuka kepada wanita mencabar Perlembagaan
Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Heng yang juga penganut agama Buddha berkata, menyebat wanita di
depan khalayak bukan sahaja perbuatan yang sangat kejam terhadap kemanusiaan,
ia juga dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dia mengulangi pendirian kumpulan Sisters in Islam bahawa hukuman
sebat di depan khalayak tidak memberi apa-apa kesan pendidikan, menghina dan
mengaibkan hak asasi manusia.
Ridhuan Tee berkata, Mahkamah Tinggi Syariah tidak perlukan
pandangan orang jahil seperti Heng.
Katanya, pelaksanaan undang-undang sebat telah difikir
sedalam-dalamnya oleh pihak berkuasa syariah yang lebih memahaminya berbanding
Heng.
“Heng bukan siapa siapa, pakar pun tidak. Kamu hanya parti kalah
yang menang satu kerusi Parlimen. Itupun ehsan daripada undi Melayu. Jika
tidak, MCA sudah tentu berputih mata.
“Saya nasihatkan kamu fokus kepada parti MCA yang kalah teruk
PRU14 lalu. Saya bimbang PRU15 nanti satu kerusi pun MCA tak dapat. Melopong
saja,” katanya.
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.