Tragedi Pulau Bidong: Kedaulatan Diancam, Jangan Sampai Diulangi
Rohingya
SEPTEMBER 2, 2017
Kedatangan suku kaum Rohingya kini menjadi kerisauan rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, setiap hari, semakin banyak cerita yang kurang sedap didengari
tentang mereka.
Ikuti
tulisan saudara Mohd Faizal Zulkifly yang bakal membuka mata kita semua sebagai
rakyat Malaysia tentang bahaya menerima pelarian dari negara yang sedang
bergolak.
TRAGEDI
PULAU BIDONG, KEDAULATAN DIANCAM, JANGAN SAMPAI DIULANGI ROHINGYA
Keputusan
kerajaan Bangladesh menggazetkan sebuah pulau tak berpenghuni di wilayah
selatan Chittagong untuk menempatkan pelarian Rohingya telah menyebabkan ramai
yang mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak mencontohi tindakan berkenaan
iaitu dengan menggazetkan satu kawasan khas untuk menempatkan pelarian
Rohingya.
Mungkin
ramai yang tak tahu bahawa Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian
1951 untuk melindungi pelarian secara tetap di negara kita demi menjamin
kedaulatan negara. Sungguh pun begitu, kita tetap mengizinkan mana2 pelarian
untuk transit di negara kita sebelum dihantar ke negara ketiga.
Tahukah
anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dek kerana terlalu bermurah hati
dengan menerima pelarian di negara kita satu ketika dahulu? Ia digelar tragedi
Pulau Bidong.
Kisahnya
bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari
negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana
peperangan yang tercetus di negara mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang
begitu ramai, Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan
mereka di negara kita.
Keputusan menerima pelarian Vietnam menyaksikan kerajaan Terengganu
terpaksa mengisytiharkan Pulau Bidong, sebuah kawasan tak berpenghuni di
pesisir pantai Terengganu, kira2 40km dari tanah besar sebagai pusat penempatan
pelarian Vietnam antara tahun 1978 hingga 1990. Ketika itu, ramai pelarian
Vietnam ketika itu mendarat di pantai dan pulau di perairan Pantai Timur.
Dianggarkan seramai 252,390 pelarian Vietnam mendarat di Malaysia dan seramai
4,535 bayi mereka dilahirkan. Jumlah pendaratan paling tinggi ialah dengan
kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang, yang membawa 2,400 orang pada 1978.
Keputusan
Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu
pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan
manusia. Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi
ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap Malaysia. Tapi
persoalan yang timbul, kenapa perlu Malaysia yang menjadi hero dalam pergolakan
dan krisis di negara ASEAN? Kenapa kerajaan Myanmar sendiri terus membisu
walhal ia membabitkan rakyat negaranya sendiri?
Begitu
juga dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang seolah-olah memandang
sebelah mata mengenai isu berkaitan dengan pelarian Rohingya. Kewujudan Pulau
Bidong suatu masa dulu dilihat sebagai sifat kemanusiaan sebuah negara kecil
yang sedang membangun dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
Tetapi,
di sebalik sifat kemanusiaan ini, timbul satu permasalahan membabitkan penduduk
tempatan dan nelayan di sekitar Pulau Bidong, yang memperjuangkan hak mereka
dan mahu kawasan itu dijadikan kawasan bebas kepada nelayan. Bagi nelayan
sekitar Pulau Bidong, pulau itu bukan saja menjadi lubuk sotong tetapi juga
menjadi kawasan tangkapan ikan Zon B, iaitu untuk nelayan pukat jerut dan pukat
tunda.
Tindakan kerajaan mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai kawasan
keselamatan pada tahun 1976 menghalang nelayan untuk menangkap ikan berhampiran
Pulau Bidong. Beberapa kes nelayan dihalau oleh Pasukan Petugas Pendatang Haram
Vietnam (VII) kerana dikatakan menceroboh kawasan larangan sewaktu bot mereka
menghampiri Pulau Bidong untuk berteduh daripada ribut, menyebabkan mereka
terpaksa meredah laut bergelora untuk berteduh di pulau terdekat, iaitu Pulau
Cendering.
Malah,
nelayan di kawasan berkenaan, khususnya di Batu Rakit, Meras, Mengabang
Telipot, Merang dan Setiu, mendakwa kerugian kira-kira RM2 juta setahun kerana
tidak dibenarkan menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong. Ramai nelayan
berhijrah ke tempat lain seperti Mersing, Johor dan Kedah.
Kemarahan
mereka memuncak pada Februari 1989 apabila Persatuan Nelayan Terengganu
(Penentu) bercadang menuntut ganti rugi sebanyak RM36 juta daripada Suruhanjaya
Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Alasan Penentu ialah
kira-kira 3,000 nelayan terjejas pendapatan kerana penempatan pelarian di pulau
itu menyebabkan mereka tidak boleh menangkap ikan di sekitar pulau terbabit.
Mendengar
rintihan rakyat membuatkan wujudnya konflik antara kerajaan negeri dan Kerajaan
Pusat, disusuli dengan memorandum kerajaan negeri pada 16 Disember 1988,
meminta pulau itu yang terletak kira-kira 50 batu nautika dari Kuala
Terengganu, tidak dijadikan sebagai penempatan pelarian Vietnam. Konflik ini
berakhir pada 30 November 1991 selepas kerajaan mengumumkan Pulau Bidong akan
ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara pelarian Vietnam.
Upacara penyerahan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana
Menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba kepada Menteri Besar Terengganu, Tan Sri
Wan Mokhtar Ahmad, menandakan Pulau Bidong yang menempatkan pelarian Vietnam
sejak 1975 bebas daripada `jajahan’ rakyat asing. Permintaan nelayan tempatan
untuk mendapatkan semula lubuk hidupan laut itu akhirnya terkabul.
Menurut
pemerhati politik ketika itu, keputusan menutup Pulau Bidong sepatutnya sudah
lama dibuat oleh kerajaan setelah hampir 12 tahun masalah penempatan semula
pelarian ke negara ketiga menjadi semakin rumit. Keputusan kerajaan menutup
Pulau Bidong untuk selama-lamanya kepada pelarian dapat mengelakkan golongan
itu meninggalkan negara mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Lebih
penting, ia melenyapkan imej Pulau Bidong, sebagai pusat tarikan pelarian,
khususnya dari Vietnam.
Namun,
penutupan Pulau Bidong ini bukanlah pengakhiran kepada masalah pelarian dan
pendatang asing ke Malaysia. Selepas Pulau Bidong ditutup, pelarian ini
dipindahkan ke Kem Pelarian Sungai Besi dengan satu harapan agar masalah
pelarian ini dapat diatasi. Jangkaan semua pihak itu nyata meleset apabila
bilangan pelarian Vietnam ini bertambah dan menjadikan Kem Pelarian Sungai Besi
seolah-olah daerah keramat mereka.
PULAU BIDONG : KISAH SAIDUN BERDEPAN DEMONSTRASI BERDARAH PELARIAN
VIETNAM
Selepas hampir 12 tahun Malaysia menempatkan pelarian Vietnam
atau ‘orang hanyut’ di Pulau Bidong, Terengganu bermula tahun 1978, jasa baik
kerajaan membenarkan mereka menumpang di situ dibalas dengan demonstrasi
berdarah pada awal 1990-an. Tunjuk perasaan itu bermula apabila tersebarnya berita
mengatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk
mengeluarkan mereka dari situ untuk dihantar ke negara ketiga.
Memang
itu yang mereka impikan, tetapi mereka tidak mahu melalui proses saringan,
syarat yang perlu dilalui untuk layak dihantar ke mana-mana negara. Akhirnya
saki baki 16,000 pelarian yang berada di situ nekad untuk mengadakan tunjuk
perasaan membantah keputusan mengadakan saringan.
Penguasa
Penjara, Saidun Othman, adalah antara pegawai dan anggota keselamatan, yang berdepan
detik getir bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta
dua anggota tentera.
Pasukan
khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri itu
turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia (RELA), namun jumlah itu jauh lebih
kecil jika dibandingkan dengan 16,000 penghuni Pulau Bidong.
Ketika
ini, Saidun yang dipanggil Kapten dalam kalangan penghuni pulau mengakui,
keputusan PBB itu tidak dimaklumkan lebih awal kepada mereka menyebabkan
pasukan khas itu tidak menyangka akan berlaku demonstrasi di depan bilik
gerakan mereka.
“Ketika
berita itu tersebar, mereka menyerbu pejabat pasukan kami. Mereka berkumpul,
bermula dengan kumpulan kecil sehinggalah hampir semuanya berada di depan bilik
gerakan kami. Kawasan kami dikerumuni hampir 16,000 penghuni.
Mereka
marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu membuat
saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya layak
dan tidak mahu dihantar pulang.
“Kami
bimbang jika demonstrasi itu bertukar menjadi tegang dan ganas. Maklumlah,
mereka kecewa dan emosi itu boleh bertukar menjadi marah dan ganas. Kami mula
berbincang dengan ketua mereka dan menjelaskan, itu kuasa dan keputusan PBB,”
katanya.
Demonstrasi
itu berlanjutan selama seminggu disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan
menyentuh makanan yang disediakan petugas Palang Merah Antarabangsa. Pada masa
sama, banyak poster protes mula dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis
‘hidup atau mati’, ‘Kami mahu keadilan’, ‘Bebaskan kami’ dan ‘Kami tidak mahu
pulang’. Sepanjang tempoh itu juga, petugas keselamatan terus berdiplomasi
memujuk mereka supaya bertenang.
“Pada
hari pertama dan kedua, mereka kelihatan masih boleh mengawal emosi. Tetapi
selepas beberapa kali berbincang dan tiada keputusan positif, mereka mula
berubah sikap. Pemimpin mereka mula berucap di tempat perhimpunan dengan penuh
semangat.
“Kemuncak
tunjuk perasaan itu memang mengerikan kerana ramai yang mencederakan diri
sendiri. Menikam badan dengan senjata tajam. Mereka mahu menunjukkan tanda
protes kepada PBB.
Walaupun
mereka tidak menyerang kami, sebenarnya kamilah yang terpaksa berdepan dengan
situasi itu kerana bertugas di bahagian keselamatan,” katanya yang bertugas
selama 11 bulan di sana sebelum dipindahkan ke kem sementara pelarian di Sungai
Besi, Kuala Lumpur.
Demonstrasi
itu berakhir dengan aman selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua
penghuni di Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu
proses menghantar mereka ke negara ketiga. Pelarian Vietnam yang terkenal
dengan sikap agresif akibat desakan hidup di negara mereka serta kesan perang
antara Vietnam Utara (pro komunis) dan Vietnam Selatan (pro demokrasi) juga
tidak terlepas daripada masalah jenayah dan disiplin walaupun dikawal ketat.
“Kami
terpaksa menubuhkan unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka
sendiri. Ini bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau
mengganggu ketenteraman penghuni lain. Kerap berlaku pergaduhan sesama sendiri
dan biasanya ia membabitkan remaja. Jika ada yang melakukan kesalahan, mereka
akan ditangkap dan dibicarakan. Jika bersalah, mereka akan dikurung di dalam
bilik tahanan khas seperti ‘monkey house’,” katanya.
Pesalah
akan dikurung di situ untuk tempoh tertentu antara dua hingga tiga minggu. Jika
berkelakuan baik sepanjang tempoh itu, barulah mereka akan dibebaskan, tetapi
ada juga yang terpaksa ditahan selama lebih sebulan.
‘Monkey
house’ adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu
pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh berdiri. Ini bermakna, sepanjang
tempoh tahanan itu, mereka cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung
tidak dibenarkan balik ke blok penempatan.
Jika
berlaku kes jenayah serius, mereka akan terus dilaporkan kepada polis. Namun,
bagi Saidun, perkara itu langsung tidak menjejaskan pelarian kerana mereka
sudah lali dengan situasi sukar atau bergelut untuk terus hidup. Ditanya
mengenai masalah sosial yang berlaku di kem penempatan, katanya, penghuni
diasingkan mengikut kategori keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak
serta ibu tunggal.
“Mereka
ditempatkan di blok berbeza. Jika ada masalah sosial yang berlaku, perkara itu
berlaku di luar kawalan kita. Memang ada bayi yang lahir di sini, tetapi
semuanya mengaku ada bapa,” katanya.
(Sumber:
Berita Harian/ wartawan Mohd Azis Ngah)
ISU PELARIAN VIETNAM : PEMBERONTAKAN DI KEM TAHANAN SUNGAI BESI
GUGAT KEDAULATAN NEGARA
Selepas
lebih 20 tahun mendapat perlindungan dan layanan baik oleh kerajaan, pelarian
Vietnam bertindak seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila mencetuskan kekecohan
yang menjadi antara rusuhan terbesar pernah berlaku di negara ini.
Penutupan
Pulau Bidong yang menjadi tempat perlindungan mereka sebagai pelarian sejak
1978 pada tahun 1991, telah menyaksikan mereka dipindahkan ke sebuah tahanan
baru di Kem Tahanan Sungai Besi, tidak jauh dari ibu kota.
Bagaimanapun,
kehadiran mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota
keselamatan. Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai mereka yang
sebenar, mereka telah mewujudkan puak2 samseng di kalangan mereka dan menindas
rakan sepelarian mereka sendiri.
Mereka
juga tidak menghormati undang2 dengan mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan
pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
Justeru,
disebabkan sikap mereka yang kurang ajar, pihak keselamatan telah mengambil
keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk
membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka.
Mereka
membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada
Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang
telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.
Tindakan
ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di
Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam
musnah sama sekali.
Rusuhan
ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang
terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU), bomba dan polis hutan (PPH).
Selain
drama rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar itu turut
menggemparkan warga kota khususnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Besi
dan Bukit Jalil.
Kepulan
asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan
kilometer. Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan
keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom
dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.
Serbuan
awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing,
parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kumpulan perusuh.
Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang dibaca oleh Menteri Jabatan
Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berhubung
insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati
pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka pulang ke
negara asal.
Menurut
beliau dalam kenyataan itu, pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan
mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka pulang
ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Mereka
juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka
anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh
negara berkenaan.
Pilihan
kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih
lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga
seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola
oleh UNHCR.
Bagaimanapun,
atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan
mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian
yang mempunyai kelayakan profesional.
Tersepit
dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati
antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan yang sama
juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan membina pagar
berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian yang
bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang rasa.
Ia
merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan
hardcore daripada menghasut kumpulan pelarian yang lain. Dalam rundingan itu,
kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan
kerana mereka takut pulang ke negara asal.
Mereka
tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis
negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan. Selepas
tewas dalam ‘pertempuran’ dengan pihak berkuasa, beratus-ratus ‘kepala samseng’
ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.
(Sumber:
Utusan Malaysia/Abd. Halim Hadi)
Saksikan
bukti video di bawah betapa impak membawa masuk pelarian hampir menggugat
keselamatan dan kedaulatan negara kita. Fikir2kan.
.
Ramai Tak
Tahu Kedaulatan Malaysia Terancam Gara-Gara Tragedi Pulau Bidong, Ini Kisahnya
Negara kita, Malaysia memang terkenal di mata dunia sebagai
antara negara yang paling cepat membantu sekiranya sesebuah negara mengalami
kesusahan, terutamanya negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Namun,
tahukah anda bahawa satu ketika dulu, kebaikan yang kita lakukan telah dibalas
dengan satu keburukan sehinggakan kedaulatan negara kita pernah terancam?
Ya,
dan kejadian itu dikenali sebagai tragedi Pulau Bidong. Kisah mengenai tragedi
ini telah dikongsikan di FB Majlis Keselamatan Negara baru-baru
ini.
Tahukah
anda, Malaysia pernah diancam kedaulatannya dengan satu tragedi yang digelar
tragedi Pulau Bidong??
Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil
keputusan untuk menerima pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara
mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang tercetus di negara mereka.
Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai,
Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara
kita.
Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu
keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya
berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Ia juga menyaksikan kedudukan dan peranan Malaysia
sebagai Pengerusi ASEAN semakin kukuh dan membuka mata dunia luar terhadap
Malaysia.
Namun jasa baik Malaysia selama 12 tahun
menempatkan pelarian Vietnam atau di Pulau Bidong, Terengganu bermula tahun
1978, jasa baik kerajaan membenarkan mereka menumpang di situ dibalas dengan
demonstrasi berdarah pada awal 1990-an.
Tunjuk perasaan itu bermula apabila Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka dari
situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat di mana melalui
proses saringan di mana hanya yang layak sahaja akan dihantar ke negara ketiga
manakala yang selebihnya akan dihantar pulang ke negara asal.
Pada ketika itu, Penguasa Penjara, Saidun Othman,
adalah antara pegawai dan anggota keselamatan, yang berdepan detik getir
bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua anggota
tentera.
Pasukan khas di bawah Majlis Keselamatan Negara
(MKN), Jabatan Perdana Menteri itu turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia
(RELA), namun jumlah itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saki-baki
penghuni Pulau Bidong yang menyerbu pejabat menyerbu pejabat pasukan kita.
Mereka
marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu membuat
saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya layak
dan tidak mahu dihantar pulang.
Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu
disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan
petugas Palang Merah Antarabangsa.
Pada masa sama, banyak poster protes mula dinaikkan
dan ada antaranya yang bertulis ‘hidup atau mati’, ‘Kami mahu keadilan,’;
‘Bebaskan kami’ dan ‘Kami tidak mahu pulang’. Sepanjang tempoh itu juga,
petugas keselamatan terus berdiplomasi memujuk mereka supaya bertenang.
Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan
kerana ramai yang mencederakan diri sendiri. Menikam badan dengan senjata
tajam.
Mereka mahu menunjukkan tanda protes kepada PBB.
Walaupun mereka tidak menyerang pihak kita, namun kita terpaksa hadap kerana
bertugas di bahagian keselamatan.
Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas
beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni di Pulau Bidong dipindahkan
ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke negara
ketiga.
Di sini penghuni diasingkan mengikut kategori
keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak serta ibu tunggal.
Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin
mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini bertujuan mengawal mereka
supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni lain.
Jika
ada yang melakukan kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Jika
bersalah, mereka akan dikurung di dalam bilik tahanan khas seperti ‘monkey
house’.
‘Monkey house’ adalah bilik tahanan kecil yang cuma
boleh memuatkan beberapa individu pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh
berdiri.
Ini bermakna, sepanjang tempoh tahanan itu, mereka
cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung tidak dibenarkan balik ke
blok penempatan.
Kita ingat dengan penutupan Pulau Bidong dengan
menempatkan semua pelarian di Kem sungai Besi dapatlah menangani masalah
pelarian ini namun tidak sama sekali kerana
kehadiran
mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota
keselamatan.
Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai
mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas
rakan sepelarian mereka sendiri.
Mereka juga mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan
pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
Disebabkan hal ini pihak keselamatan telah
mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk
membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka.
Mereka membantah tindakan anggota keselamatan,
hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan
dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka
selama ini.
Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995
menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang
menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.
Yang menyayat hati, rusuhan ini mengorbankan
seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi
mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis
hutan (PPH).
Tidak cukup dengan rusuhan yang berlangsung selama
lebih 16 jam, kebakaran besar turut menggemparkan warga kota khususnya mereka
yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil.
Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat
disaksikan dari jarak puluhan kilometer. Dalam operasi mengawal rusuhan itu,
seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU,
PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat
kejadian.
Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui
pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang
dihasilkan oleh kumpulan perusuh.
Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang
dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad
Nazri Abdul Aziz berhubung insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada
sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar
mereka pulang ke negara asal.
Menurut beliau dalam kenyataan itu, pelarian
Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap
rancangan kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah dipersetujui
oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Mereka juga masih menaruh harapan untuk
dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap dapat memberikan
perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.
Pilihan
kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih
lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga
seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola
oleh UNHCR.
Bagaimanapun,
atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan
mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian
yang mempunyai kelayakan profesional.
Tersepit
dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati
antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar.
Kenyataan
yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan
membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian
yang bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang
rasa.
Ia
merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan
hardcore daripada menghasut kumpulan pelarian yang lain.
Dalam
rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan
dilanjutkan kerana mereka takut pulang ke negara asal.
Mereka
tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis
negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan.
Selepas
tewas dalam ‘pertempuran’ dengan pihak berkuasa, beratus-ratus ‘kepala samseng’
ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.
Betapa
susah dan mencabarnya Pasukan Khas di bawah MKN serta semua agensi keselamatan
kita bagi menangani isu pelarian ini. Buat baik dibalas baik namun tidak sangka
sebaliknya pula yang kita dapat.
Tahniah
kepada MKN dan juga semua agensi keselamatan kita pada ketika itu yang akhirnya
berjaya menyelesaikan dan meleraikan masalah isu pelarian Vietnam ini.
Sumber: FB Majlis Keselamatan Negara
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.