Kesan
Buruk Antibiotik Dalam Ternakan
Gesa haram guna antibiotik dalam makanan ternakan
Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan kerana boleh mengancam kesihatan manusia.
Presiden CAP S M Mohamed Idris berkata, negara
Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain mengharamkan penggunaan
antibiotik dalam makanan ternakan selain berkaitan perubatan untuk membendung
krisis yang berpunca daripada kekebalan antibiotik.
“Pelbagai jenis antibiotik termasuk yang paling
beracun semakin kurang berkesan dalam melawan penyakit hingga menimbulkan
krisis kesihatan awam seluruh dunia.
“Tinjauan CAP di Kedah dan Perlis mendapati antibiotik
jenis erythromycin mudah ditemui di kedai menjual makanan haiwan ternakan dan
antibiotik ini diberikan kepada haiwan secara rutin untuk mempercepatkan pembesarannya.
“Erythromycin digunakan untuk mengubati penyakit
manusia dan ia mudah dibeli di farmasi tanpa memerlukan preskripsi,” katanya
pada sidang media, di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, CAP turut menggesa kedua-dua
kementerian terbabit supaya membentuk satu sistem kebangsaan untuk memantau
penggunaan dan penyalahgunaan antibiotik dalam makanan haiwan serta mendidik
penternak mengenai penggunaan antibiotik yang betul.
Menurutnya, pihaknya turut berharap rangkaian restoran
makanan segera berhenti menghidangkan daging yang diperoleh daripada haiwan
ladang yang diberikan antibiotik.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.