Netizen Cina
gelar Tunku Azizah ‘nenek sihir rasis
08/01/2020
Sebuah laman Facebook dengan tulisan Mandarin jadi medan 'hina' permaisuri
BANGI, 12 Rabiulawal 1441H, Rabu – Sebuah halaman di
Facebook baru-baru ini dipercayai menjadi medan netizen dalam kalangan orang
Cina, apabila bertindak biadab menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.
Difahamkan,
pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mencerca, Tunku Azizah susulan tindakan
baginda yang menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk
memperkasakan tulisan berkenaan.
“Nenek
sihir yang rasis,” kata Ting dalam tulisan mandarin.
Tidak
cukup dengan itu, seorang lagi pengguna Yee Nyet Tan mendesak, Tunku Azizah
supaya membuat permohonan tulisan jawi dijadikan sebagai sebuah warisan.
“Pergilah
mohon sebagai warisan. Bodoh!” herdiknya.
Pada
masa sama, Mc Tan juga menempelak tindakan baginda, selain menggesa supaya
tidak memaksa kaum Cina untuk mempelajari tulisan jawi.
“Kalau
begitu, suruhlah orang Melayu belajar dengan baik dan hafal. Janganlah paksa
orang Cina belajar,” katanya.
“Kenapa
anda mahu paksa bangsa lain belajar budaya anda?” soal Leek Hok Hing.
Chin
Chze Wui yang membalas komen berkenaan berkata: “Untuk asimilasi budayakan anda
semua,”
Terdahulu,
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan
tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya
boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju.
Jelasnya,
pengajaran tulisan jawi di satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus
atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.
Sebelum
ini, Tunku Azizah di laman Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau PIBG yang lebih berkuasa untuk
menentukan silibus pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Kenyataan
baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.
Johnson
Chong yang dengan bangganya menjawab persoalan baginda berkata, bahawa PIBG
adalah pihak bertanggungjawab memantau pelajaran murid-murid dan bukannya
pengajaran tulisan jawi.
“Apa
pendapat anda? Kenapa pencapaian akademik orang Cina lebih baik daripada
Bumiputera? Kerana PIBG yang berfungsi, bukan jawi,” katanya.
“Lebih
baik PIBG yang berkuasa agar pelajar boleh menguasai ilmu baru, lebih mudah
bersatu dan pengajaran guru meningkat,” tulis Siewwal Wong.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.