Pemandu
mabuk: Pelik tiada seorang menteri pun bersuara?
Kenakan hukuman mandatori terhadap
'pemabuk' sebabkan kematian
20/11/2019
BANGI, 23 Rabiulawal 1441H, Rabu – Kes
kemalangan menyebabkan kematian oleh pemandu mabuk sejak kebelakangan ini kerap
berlaku, namun tidak akan selesai sekiranya perundangan sedia ada tidak
mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah.
Difahamkan, mengikut Seksyen 44, mana-mana individu yang
menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol,
apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang
daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000
dan tidak lebih RM20,000.
Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses
pertuduhan juga, akan digantung berkuat kuasa daripada tarikh pertuduhan
dibacakan pertama kali.
Rata-rata netizen berpendapat, hukuman terhadap pesalah mabuk yang
menyebabkan kematian sangat tidak memadai, malah terlalu ringan.
Sofian Zainal berkata, akta sedia ada sangat tidak adil kepada
mangsa dan keluarga, sambil mencadangkan supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987
dipinda bagi memastikan tragedi kematian akibat pemandu mabuk tidak berulang.
“Akta sedia ada sangat tak adil. Kau langgar orang sampai ‘mati’,
kau akan bebas sebab di bawah pengaruh alkohol. Aku pelik kenapa tiada seorang
pun menteri yang bersuara pasal ini,” katanya di laman sosial Twitter.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, Anuar Nazir meluahkan rasa kesal
dengan sikap pemandu mabuk dan berpendapat mereka tidak layak untuk mendapat
peluang kedua.
“Kematian ini mungkin boleh terjadi kepada keluarga kita. Logik
kalau kenakan hukuman mati mandatori. Jangan jadi apologists/enabler,” katanya.
Baru-baru ini, seorang pegawai bank maut selepas kereta dipandu
terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam
(KESAS) dipercayai dilanggar pemandu dalam keadaan mabuk.
Jun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika
menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh
sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan
mabuk.
Sebulan kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja
kontrak yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan
kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.
Kejadian sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58,
apabila motosikalnya dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China
berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.