Sejarah
Krabi & Phuket Yang Anda WAJIB Tahu
https://says.com/my/seismik/sejarah-menarik-krabi-phuket
Destinasi yang sering menjadi pilihan orang adalah pulau di
Krabi dan juga Phuket. Namun, adakah anda tahu kisah sebenar disebalik dua
pulau ini?
Jika tidak, baca perkongsian oleh seorang lelaki di laman Twitter mengenai sejarah Krabi dan Phuket ini. Sangat menarik!
Krabi dan Phuket merupakan salah satu dari
sempadan asal Semenanjung Tanah Melayu dan ianya adalah jauh lebih luar dari
yang sebelumnya.
Semenanjung Tanah Melayu bermula dari utara Segenting Kera
yang berada di bawah wilayah negara Thailand & Myanmar sampailah ke
bahagian selatan Singapura. Inilah peta sebenar. Pada masa dahulu, Phuket
dikenali sebagai Pulau Bukit, manakala Krabi pula berasal dari perkataan
Ghraibi.
Untuk pengetahuan anda, Phuket dan Krabi
dulunya merupakan tempat berkelah keluarga diraja Kedah dan merupakan salah
satu jajahan takluk Sultan Kedah sebelum termeterainya perjanjian Anglo-Siamese
Treaty pada tahun 1909.
Malah, penduduk yang berada di Negeri
Patani bertutur dengan menggunakan Bahasa Melayu dan juga loghat Kelantan
(Yawi).
Selain
itu, penduduk Melayu yang berasal daripada Wilayah Setul yang kini dikenali
sebagai Satun hingga ke Rundung dan kini dengan nama 'Ranong' dan 'Pulau Dua'
(Kawthoung) pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dengan loghat Kedah
Jangan salah sangka bila pergi ke kawasan tu dan jumpa dgn
penduduk Melayu. Mereka semuanya bukanlah pendatang di negara Thailand tapi
sebaliknya merupakan kaum asal yg telah lama menduduki kawasan tersebut sejak
dulu dan merupakan warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.
Hanya pada tahun 1909 disebabkan oleh Anglo-Siamese Treaty yang dibuat antara pihak British dengan Thailand telah memisahkan Semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian.
Perjanjian inilah sebenarnya yang telah menukarkan semua nama-nama Melayu yang berada di Thailand kemudiannya diubah kepada sebutan dalam bahasa Thai. Perjanjian Anglo Siamese Treaty ni dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-Raja Melayu yang berada di negeri-negeri berkenaan.
Semua
wilayah milik Melayu yang berasal dari Patani, Singgora (Songkhla), Setul
(Satun) hingga ke Segenting Kra telah dirampas oleh British dan diberikan hak
kepada Thai
Pada tahun 1938, Phibun Songkram yang merupakan Perdana Menteri
Thai ketika itu mengamalkan pemerintahan secara kuku besi. Beliau kemudiannya
menukar nama Negara Siam kepada Prathet Thai/Thailand.
Secara umumnya, Thailand bermaksud ‘Negara Bagi Orang-orang Bebas' tetapi secara metaforanya Thailand membawa maksud kepada ‘Tanah Orang-Orang Thai’.
Phibun Songkram sebenarnya berhasrat untuk menjadikan Thailand sebuah negara kesatuan berdasarkan kepada budaya Kaum T’ai dan agama Buddha Theravada.
Kaum-kaum minoriti termasuklah Melayu yang ada di wilayah-wilayah asal Semenanjung Tanah Melayu telah dipaksa untuk ‘menjadi Thai’ melalui pemaksaan dasar Thai Ratthaniyom dan nama-nama tempat yang berbunyi Melayu di kawasan Segenting Kra diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai.
Sebab itulah siapa yang pernah berkunjung ke Hatyai mungkin
tahu dan tidak tahu bahawa Samila Beach sebenarnya berasal dari perkataan
Melayu iaitu Pantai Bismillah. Jadi, sesiapa yang pernah pergi ke Phi-Phi
Island mesti perasan dengan signboard ini. Koh Phi Phi berasal dari
perkataan pulau api-api.
Tanggal
10 Mac yang lepas genaplah 109 tahun wilayah Melayu di selatan Thailand terpisah
dgn Semenanjung Tanah Melayu
Alangkah indah sekali kalau mereka masih menjadi dari sebahagian
daripada kita. Tapi sejarah hanya tinggal sejarah dan kini hanya tinggal
secebis tanah yang berdaulat. Pada waktu sekarang kaum Melayu yang berada di
negeri Setul, Singgora dan Patani sahaja yang masih mampu bertutur dalam bahasa
Melayu mengikut loghat tempatan.
Ketiga-tiga
negeri ini telah ditukarkan kepada sebutan dalam bahasa Thai bahkan negeri
Singgora sendiri telah dipecahkan kepada empat daerah.
Sekarang Singgora dikenali sebagai Songkhla dan empat daerah yang dipecahkan ialah Thepha (nama aslinya Tiba), Chenak, Saba Yoi (nama asal Sebayu) dan Nawi. Manakala negeri Patani pula dipecahkan kepada Pattani, Yala (Jala) dan Narathiwat (Menara).
Sekarang Singgora dikenali sebagai Songkhla dan empat daerah yang dipecahkan ialah Thepha (nama aslinya Tiba), Chenak, Saba Yoi (nama asal Sebayu) dan Nawi. Manakala negeri Patani pula dipecahkan kepada Pattani, Yala (Jala) dan Narathiwat (Menara).
Sementara masyarakat Melayu Islam yang lain yang berada di wilayah asal Semenanjung Tanah Melayu lain terus menjadi minoriti dan ada juga yang ditindas. Ada juga kebanyakannya telah berkahwin dengan kaum Thai dan tak mampu lagi untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.