Total Pageviews

Wednesday, 14 August 2019

Warisan Istana 200 tahun terbiar mereput



Pura Tanjung Sabtu - Bangunan Warisan Kesultanan Terengganu Berusia Beratus Tahun





Pada awalnya, kami temui posting ini melalui sebuah perkongsian di Facebook Warisan Pahlawan Melayu. Cerita disebalik bangunan kesultanan Terengganu ini amat unik dan agak rugi jika tidak dikongsikan.



Terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Jeram Manir, Terengganu, Pura Tanjung Sabtu ini pernah menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong yang agak terkenal. Lebih kurang 14 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu, Pura ini pernah dijadikan sebagai ‘Royal Homestay’ yang menawarkan penginapan dan pengalaman bercirikan Melayu Tradisional.









Mendapat nama hasil daripada gabungan perkataan sanskrit ‘pura’ yang bererti istana, kuil atau bandar sementara dan nama tempat bangunan ini didirikan iaitu Kampung Tanjung Sabtu; binaan yang ada disini telah direka ala gaya bangsawan istana Terengganu.



Jika diperhatikan, terdapat gabungan istana dan rumah tradisional. Ada sebahagian istana lama dan 6 buah rumah Melayu tradisional Terengganu yang dijangka berusia antara 100 hingga 200 tahun. Difahamkan, sumber rumah asal Pura Tanjung Sabtu ini diambil dari beberapa buah kampung di daerah Kuala Terengganu manakala binaan istana pula diambil dari Kampung Dalam Kota yang terletak di belakang istana Maziah.








Menurut sumber, pemilik asal Pura Tanjung Sabtu telah meninggal dunia dan kini ianya sudah tidak dijaga semenjak beberapa tahun lalu.
Ada ura – ura mengatakan, kemungkinan Pura Tanjung Sabtu ini akan dibangunkan semula dan dijadikan muzium, ada juga yang mengatakan sebagaian daripadanya akan dijadikan madrasah.


Destination: 




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.