Teruskan
kempen sehingga ‘bangsa angkuh’ faham bahasa
02/09/2019
Kuasa pengguna boleh naik dan
jatuhkan pemerintah: Amir Isma
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 2 Muharram 1441H, Isnin – Kempen
membeli produk muslim perlu diteruskan tanpa peduli desakan pemimpin parti
tamak dan haloba, DAP, tegas Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz
Abdullah Zaik Abd Rahman.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap kempen
produk muslim sudah mencapai tahap yang mengganggu sehingga Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri terpaksa memberi komen.
Dakwanya, kempen berkenaan perlu dihentikan kerana menjejaskan
perpaduan nasional dan merugikan pengguna.
“Kalau begitu (mahu memboikot produk bukan bumiputera),
produk-produk luar negara terutamanya telefon bimbit juga sepatutnya diboikot,”
katanya.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai bodoh sombong, Ustaz Abdullah
mahu kempen ini diteruskan sehingga bangsa yang angkuh faham bahasa dan adab
sopan.
Katanya, umat Islam yang juga pengguna mempunyai kuasa dan hak,
malah kita sebagai penentu dalam menggubal dasar serta polisi di Malaysia.
“Percayalah, kuasa pengguna yang boleh menaik dan menjatuhkan
pemerintah. Jadi, usah layan rayuan Guan Eng yang kebudak-budakan. Suka hati
kitalah nak beli apa dan dari siapa,” katanya.
Kempen membeli barangan muslim dilancarkan Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH) bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi
alternatif lain kepada masyarakat Islam.
UMMAH juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama
Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) dan Abata, supaya produk muslim yang kurang
mendapat tempat di pasaraya, akan mendapat manfaat menerusi platform yang
dilancarkan.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.