Pewarna tiruan dalam makanan
Tahukah
ibu bapa keburukan dan kesan pewarna makanan tiruan pada anak-anak?
Kini,
lebih ramai penjual makanan suka menggunakan pewarna makanan tiruan supaya
makanan itu kelihatan lebih menarik kepada kanak-kanak.
Sebab
itu kadang kadang kita nampak desserts dengan warna ceria
nampak sedap saja, kan? Sebenarnya, penjual hanya ingin meragut keuntungan dan
tidak memikirkan kesan pewarna makanan tiruan tersebut!
Sedangkan
pewarna tiruan biasanya dibuat dari tar arang batu dan petroleum. Pengeluaran
pewarna semulajadi dihentikan atas sebab-sebab ekonomi seperti: pewarna tiruan
kimia lebih mudah dan murah untuk dihasilkan.
Ibu
bapa pasti terkejut mengetahui lebih daripada 15 juta paun pewarna makanan
tiruan ditambah ke dalam makanan setiap tahun oleh pengeluar makanan di serata
dunia!
Risiko dan kesan pewarna makanan tiruan yang tak disedari
Pewarna
makanan tiruan tidak mengandungi nutrien dan sebenarnya boleh memudaratkan
kesihatan. Pengambilan makanan yang ada pewarna tiruan dikaitkan dengan perubahan
tingkah laku, keresahan, dan gangguan tidur.
Pusat
Sains Kepentingan Awam juga mengeluarkan laporan mengenai kesan pewarna
tiruan dan kaitannya dengan kanak-kanak
hiperaktif, kanser, dan masalah kesihatan
lain.
Malah,
di EU, makanan yang mengandungi pewarna makanan tiruan perlu mempunyai label
amaran seperti berikut:
Penggunaan mungkin
mendatangkan kesan buruk terhadap aktiviti dan perhatian kanak-kanak.
Tips untuk mengelak makanan dengan pewarna tiruan
Pewarna tiruan selalu ditambah kepada makanan yang diproses, jadi
elakkan makanan ini. Tapi pewarna tiruan juga boleh ditambah dalam makanan yang
tidak disangkakan seperti daging, ikan, ayam, susu dan telur!
Ia digunakan untuk menutup kualiti makanan
yang tidak begitu baik dan juga untuk menggalakkan pengguna untuk membeli
makanan yang dijual.
Contohnya, syarikat yang menggunakan pewarna
tiruan pada salmon ternakan supaya ia nampak seperti salmon liar.
- Jika boleh, beli makanan organik dan pastikan anda baca label makanan. Pewarna masih boleh disembunyikan dalam daging dan makanan di luar jangkaan.
- Pilih makanan segar yang tidak diproses. Makan segar jarang mengandungi pewarna tiruan.
- Gunakan pewarna makanan semulajadi seperti beetroot, bunga telang, kubis ungu dan serbuk sayur-sayuran berwarna untuk mewarna makanan anda.
Ibu bapa mungkin rasa susah untuk menghalang anak dari
mengambil makanan yang ada pewarna tiruan setiap masa, tapi anda boleh
mengurangkan kekerapannya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.