Ferdinand
Magellan Dibunuh Oleh Datu Lapu-Lapu
Pada hari ini, penulis
cuba menyelongkar sejarah pembunuhan Ferdinand Magellan yang
menjadi tokoh Sepanyol membuat pelayarannya ke Filipina. Pada 16 Mac 1521,
penjelajah Sepanyol iaitu Ferdinand Magellan (1480-1521)
telah mendarat di Cebu ketika dalam misinya mengelilingi dunia disamping mencari tanah jajahan (Dzulasree,
2013).
Matlamat Penjajahan
Sepanyol di Filipina sebenarnya adalah untuk
menguasai kawasan dan laluan rempah. Kedua adalah untuk membina
persefahaman di antara Dinasti China dengan Jepun dan ingin mengkristiankan masyarakat Filipina keseluruhannya.
Matlamat pertama dan kedua telah pun berjaya dengan
cemerlang, cuma matlamat yang ketiga
mereka gagal melaksanakannya hingga hari ini kerana terdapat penentangan
daripada masyarakat Islam sendiri yang
sukar ditewas dan dikalahkan disebabkan punya senjata yang menggerunkan pihak
Sepanyol sebagai "Juramentado" atau Berani Mati
.
Sejarah juga telah
memberitahu kita, hanya bahagian selatan
Filipina sahaja yang tidak pernah mereka masuki dan tawan secara menyeluruh
disebabkan berlakunya tentangan yang hebat daripada masyarakat Islam yang
diketuai oleh Sultan-Sultan Magindanao dan Sulu serta Datu-Datunya.
Perlu juga diakui bahawa
Sepanyol dan misi keagamaannya telah berjaya di bahagian Utara Filipina. Bukti kejayaan mereka ialah hingga ke hari
ini majoriti penduduk dari tengah Filipina hingga ke Utara adalah Kristian.
Manakala sebelah Selatan Filipina
penduduknya adalah Islam (Dzulasree, 2013).
Tanah Pulau Cebu telah
dimasukkan sebagai wilayah baru hak milik Raja Charles I di
Sepanyol. Sebulan kemudian, Ferdinand Magellan telah dibunuh oleh Datu Lapu-Lapu seorang
Panglima Islam dalam satu pertempuran di tepi pantai Maktan.
Peristiwa pembunuhan Ferdinand
Magellan ini adalah yang paling bersejarah di Filipina hingga ke hari
ini sehingga didirikan tugu peringatan Panglima Islam tersebut iaitu Panglima
Datu Lapu-Lapu di Bandar Maktan, Cebu (Dzulasree, 2013).
Pada tahun 1565, Miguel
Lopez De Legazpi seorang Gabenor diraja telah sampai ke Pulau Cebu
dari Sepanyol, Enam tahun kemudian setelah berjaya melumpuhkan sistem
pentadbiran Islam ditangan para Datu, beliau telah ke Manila dan mendirikan
pelabuhan komersil di bandar utama Manila sebagai pusat pentadbiran ketenteraan
dan keagamaan. Maka disinilah bermula nama Filipina (Phillipines) sempena
nama Raja Philip II dari Sepanyol yang memerintah pada tahun
1556 hingga 1598 (Dzulasree, 2013).
Rujukan :
Dzulasree Hajad
(2007). Tausug Dan Kesultanan Sulu [Edisi Kedua]. Kuala Lumpur
: Advanco Sdn. Bhd
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.