Askar hanya
makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA – Ahli Perniagaan
written by M.Daim 13
August 2019
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.
Beliau
turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai
kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan
awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.
“Secara
tidak langsung, ini mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia
dan pendidikan,” jelasnya.
Yew
Yin, ahli perniagaan berusia 83 tahun, dalam penulisan beliau di laman
blog kendaliannya semalam berkata, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta
pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat
Malaysia.
Menurut
beliau, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung
beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.
“80%
perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi
dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta
pencen,” katanya.
Beliau
turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi
situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi
mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.
“Kerajaan
perlu menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan pecat pekerja yang tidak
diperlukan,
“Anggota
tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti
mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran.
Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang
FELDA,” jelas Yew Yin.
Selain
daripada itu, beliau turut mencadangkan Dasar Ekonomi Baharu turut diperluaskan
kepada masyarakat bukan Bumiputera.
“Memberi
ruang kepada masyarakat bukan Bumiputera untuk terlibat dalam sektor awam dapat
mempertingkatkan mutu perkhidmatan,
“Kerajaan
perlu mengamalkan dasar meritokrasi untuk naikkan pangkat dan seharusnya
mengupah guru dari pelbagai bangsa,” gesa ahli perniagaan itu.
Yew
Yin turut berharap kerajaan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk mengambil berat akan cadangan beliau.
Koon
Yew Yin merupakan pelabur terkenal dan menjadi pemegang saham utama beberapa
syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya Jaks Resources Berhad,
Dayang Enterprise Holdings Bhd, Toyo Ink Group Berhad serta Master-Pack Group
Berhad.
Beliau
sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak
(SEAC) namun digugurkan dari jawatan berkenaan berikutan melakukan dakwaan
sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam
pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak pada November tahun lalu.
Ketika
mengalami krisis dengan kerajaan Perak, Yew Yin turut mendedahkan bahawa beliau
pernah memberikan bantuan kewangan kepada empat parti komponen dalam PH, serta
berkempen di beberapa lokasi dalam negeri Perak bagi memastikan kemenangan PH
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Penulisan asal dan cadangan
Koon Yew Yin boleh didapati di: http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.