S.T.Melayu bermula di Segenting Kra
MENCARI SEMPADAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU
Nenek
moyang aku telah bercerita, ayah aku pun pernah khabarkan, malah ramai juga aku
temui orang yang cukup bersemangat menceritakan bahawa 'Tanah Melayu
dahulunya tidak bermula di sempadan negeri Perlis, lebih jauh dari situ', akan tetapi apa daya ku, tidak punya kesempatan dan
peluang untuk mencari di mana sempanan negeri tanah tumpah darah ku.
Apa pun, sehinggalah aku ketemui Dato’ Ismail Salleh, seorang ahli sejarah negeri Kedah, seorang kenalan pada arwah ayahanda ku sendiri. Dia banyak menceritakan bahawa orang Melayu kita masih ramai di selatan bumi Siam yang asal nya dahulu tanah air kita juga di bawah naungan Sultan Muhammad Jiwa, dari Setoi hinggalah ke Ranong sana, termasuklah Puket, Haadyai, Trang, Krabi, Phangnga, Phatthalung dan banyak lagi tempat adalah bumi milik orang Melayu….
Kisahnya, kalau kita ke Ranong terletak di Segenting Kra, akan terlihatlah kita di tepi jalan sebuah batu tanda yang membenarkan cerita ini. ‘Tanah Melayu Bermula Di Segenting Kra’.
Pada
awal tahun 2007, cuti Tahun Baru Cina, aku mengambil kesempatan ini bersama
seorang sahabat, sdr Riz, kami membelah bumi Malaysia yang tercinta bermula
dari Shah Alam untuk ke Ranong hanya dengan kereta kancil sahaja. Ramai kenalan
yang lain kata kami buat kerja gila! Apakan daya, itu sahaja kereta yang kami
ada, mungkin satu hari nanti kami beli lah sebuah kenderaan 4x4, dan mungkin
kami akan pergi lebih jauh lagi mencari sesuatu yang lebih bermakna untuk
bangsa kita.
Destinasi pertama: kami sampai
di Bukit Kayu
Hitam, melepasi sempadan dan berhenti makan di Danok, jam sudah
melewati 9.00 malam. Memang seronok dan sedap makan di restoran di pekan kecil
ini, ya lah orang di sini masih bertutur bahasa Melayu ala Kelantan, makanannya
murah lagi sedap.. Tom Yam pun rasa keasliannya, rasa Tom Yam bukan rasa air
panas dicampur garam dan sos ikan serta diperahkan limau…mungkin kerana orang
siam (Melayu) sendiri yang masak.
Destinasi kedua: kami sampai
di Phatthalung kira-kira jam 1.00 pagi. Mulalah kami gelabah cari
tempat bermalam, pusing-punya-pusing di dalam pekan Phatalung akhirnya jumpa
juga sebuah hotel. Murah lah kalau nilai duit kita RM40 semalam, ada aircon dan
TV pulak tu. Selepas mandi kami turun berjalan kaki mencari makan, Riz kena
makan sebelum tidur malah aku pun kena makan juga, takut nanti kalau mimpi
jalan jauh tak makan, nanti lapar pula.
Inilah kepayahan pertama, payah cari makanan halal. Nampak ada perempuan berniaga mee celup, pakai tudung tapi tak tau boleh ka makan ni, cuba bertanya,
muka Melayu
tapi sayang seribu kali sayang, dia tak tau bertutur bahasa kita. Cakap dia,
cakap Siam, akhirnya kami naik ke bilik dan telan air sejuk sahaja, moga-moga
dapat bertahan sampai pagi. Susah juga di bumi ini, yang dahulunya adalah bumi
milik kita juga.
Destinasi ketiga: Bergerak
keluar dari Phatthalung seawal jam 9.30 pagi dan menuju ke Suratthani dengan harapan terjumpalah peniaga makanan Islam di
tepi-tepi jalan, buat santapan pagi bagi meneruskan perjalanan.
Jalan-punya-jalan tak jumpa-jumpa juga sehinggalah kami tiba di pekan Suratthani kira-kira jam 12.30 tgh. Kami pusing sekeliling pekan
untuk mengisi tank perut kami….malang sungguh nasib kami, payah kami nak jumpa
orang berniaga makan yang ada lambang ‘bulan & bintang’. Akhir kata, kami singgah di pasar dan balun saja buah
epal untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan.
Destinasi keempat: Hajat
kami mahu ke Chumphon dan kemudian terus saja ke Ranong untuk
melihat Batu Tanda yang dikatakan titik sempadan Semenanjung
Tanah Melayu… tapi tak tahulah kami akan sampai atau pun tidak,
memandangkan perut belum diisi dengan nasi. 'Orang
Melayu ni kalau tak makan nasi, tak sah, dan bukan orang Melayu lah'. Tapi
tak semua orang yang makan nasi tu orang Melayu… jangan silap pulak!
Kereta kami deras menuju hala
ke Chumphon di atas 'highway' (tanpa tol) sambil mata tajam memerhati
sekeliling, mana lah tahu kami masih ada harapan bertemu orang berniaga sesuatu
untuk kami jamah.... akhirnya terjumpa juga, ada orang jual buah kelapa...ini
boleh kami makan buat bertahan sehinggalah kami jumpa nasi nanti. Kami
berhenti, beli, teruskan perjalanan dahulu dan cadang akan makan bila terjumpa
tempat rehat.
Tiba kami di kawasan rehat di
tepi highway dan terdapat ramai perniaga menjual jajan dan buah-buahan, kami
berhenti di sini dan sudah pastilah kami makan buah kelapa yang comel-comel
tadi. Waduh....sedapnya buah kelapa ini ada jeli di dalamnya....Memang
sedap! Tengah dok syok menikmati buah nyok tu, tiba-tiba mata terpadang pada
gerai menjual jajan yang hujung sekali, nampak macam penjualnya orang Melayu
sahaja, terus terpandang pula pada papan tanda gerai tersebut...
Pasti! Sudah
pasti, itu gerai orang Melayu kerana ada lambang 'bulan-bintang'. Lekas-lekas
aku dan Riz berjalan laju menuju ke gerai itu untuk lebih pasti dan untuk
melihat apa lagi yang boleh kami cari untuk makan.
'Alhamdullillah' abang
yang berniaga ini tahu cakap sedikit-sedikit bahasa Melayu. Kami dipetuakan
untuk menghala arah ke kedai makanan orang Melayu-Islam yang tidak jauh dari
situ, hanya kira-kira 5km sebelum sampai di pekan Chaya.....
Tanpa lengah kami terus gerak mencari sesuap nasi..... Kami tiba di gerai
tersebut, berkejan ke bahagian hidangan lauk pauk dan hanya mampu tunjuk-tunjuk
sahaja apa yang kami mahu makan kerana mereka di sini tak tahu juga berbahasa
Melayu. Apa pun, makan di sini sedap kerana ada sup tulang kerbau panas-panas.
Di sini juga kami bertemu ramai orang-rang Malaysia yang singgah makan dalam
percutian mereka, ada yang berkereta dan ada juga yang bermotor besar,
kebanyakan mereka menghala keRanong.
Destinasi kelima: Kami
meneruskan perjalanan setelah perut kami dah buncit, menuju ke pekan Chaya, sebuah pekan kecil yang diceritakan pada kami bahawa Chayamerupakan pengeluar Telur Masin yang terbaik di Thailand,
hasil oleh orang-orang Melayu-Islam, malah ada sebuah masjid di kepala pekan Chaya. Tiba kami di masjid tersebut, berehat dan melaksanakan
kewajiban, kemudian kami keluar bersiar-siar melihat suasana kawasan ini.
Memang ramai lagi orang Melayu di sini, sebuah negeri Melayu dahulunya.... tapi
tak seorang pun yang kami temui boleh bertutur bahasa orang-orang Jawi.
Destinasi keenam: Keluar dari pekan Chaya, kami ketemu jalan potong antara timur ke barat
selatan Siam menuju ke Ranong, jalan
ini pun telah dipetuakan kepada kami oleh mat-mat motor besar dari Perlis
semasa bersembang panjang di gerai makan tadi. Jalan potong ini sungguh
menarik, jalan membelah kawasan gunung-ganang yang permandangannya menyucuk
jiwa, terpegun dengan keindahan alam ciptaan Tuhan. Mahu tidak mahu, sesiapa
yang melalui jalan ini pasti akan terhenti juga perjalanan mereka untuk berdiri
seketika menikmati indahnya alam buana ini. Begitu jugalah dengan kami.
Terhenti di sini seketika pada jam kira-kira 4.30 petang.
Kami meneruskan perjalanan menuju
ke Ranong dengan yakin agar kami akan tiba sebelum malam supaya sempat kami
mencari tempat menginap kerana perjalanan tidaklah begitu jauh, hanya lebih
kurang 100 km sahaja lagi.
Kami
selamat tiba di Ranong dengan rasa
penuh syukor dan banyak berterima kasih pada kereta kancil buat Malaysia ni,
sudah hampir 1000 km masih lagi setia membawa kami ke mana sahaja. Tiba sahaja
di pintu gerbang pekan Ranong, kami sudah ternampak pasar malam di sudut
sebelah kiri pintu tersebut. Aku tengok Riz, Riz pun tengok aku, sudah faham di
hati kami bahawa kami tidak mahu lepas peluang untuk berhenti di sini, pergi ke
pasar malam mencari sesuatu untuk dimakan sekiranya makanan yang halal
terhidang untuk kami.
Betullah
kata Dato’ Ismail Saleh, bahawa di Ranong memang mudah
bertemu orang Melayu. Gerai pertama yang kami temui pun sudah membuktikan
kebenaran itu dan seperti biasa pertuturan peniaga itu agak kekok berbahasa
Melayu. Apa pun kami dapat makan serta mendapat panduan untuk mencari hotel,
tempat menginap. Horay! Kami sudah sampai diRanong, kami sudah dapat hotel yang murah lagi selesa dan kami akan
keluar pagi-pagi esok untuk ke tempat Batu Tanda yang kami idam-idamkan
melihatnya dan membawa pulang gambar-gambar buat tatapan rakan-rakan dan untuk
seluruh umat Melayu yang tak berpeluang datang ke sini.
Malam masih awal di Ranong, kami mahu keluar makan tom yam lagi dan kemudian pulang ke hotel segera untuk tidur sahaja. Tiba di hotel setelah kenyang, jam 10.30 malam…kami sudah mahu tidur…. ‘selamat malam semua’. Boom, tidur
Destinasi ketujuh: Menuju ke Batu Tanda. Awal pagi lagi kami sudah siap berkemas untuk keluar dari
hotel, tapi pertama-tama kali kami mahu ke pasar Ranong dahulu untuk makan, yang dikatakan ada orang Melayu
berniaga makan. Betul, memang betul, kami makan sepuasnya seperti orang takut
tak dapat makan selepas itu. Alamak! Sdr Riz nak terkucil pulak! Macam mana ni?
Dah lah makan tadi main tujuk-tunjuk saja, nak terkucil ni, nak tunjuk apa
pulak? Suatu sausana yang sungguh mengelirukan sekali!
Riz bergegas pergi dan seketika kemudian dia kembali…’Apa macam?’ Tanya aku.‘OK’ jawab Riz tersenyum. Ini bukan kali pertama berlaku peristiwa sebegini, kali pertama ialah di kota Paris, semasa aku bercuti dengan isteri ku. Apa pun, isteri ku bisa menyelesaikannya walaupun dia tidak pakar dalam bahasa Inggeris dan tidak tahu berbahasa Peranchis. Sekiranya di tanya pada isteriku bagaimana dia lakukan, dia tetap menjawab, ‘Rahsia’. Walau bagaimana pun aku tetap tersedar bahawa ayat pertama yang harus kita belajar dalam bahasa asing ialah, ‘Mana Tandas?’.
Riz bergegas pergi dan seketika kemudian dia kembali…’Apa macam?’ Tanya aku.‘OK’ jawab Riz tersenyum. Ini bukan kali pertama berlaku peristiwa sebegini, kali pertama ialah di kota Paris, semasa aku bercuti dengan isteri ku. Apa pun, isteri ku bisa menyelesaikannya walaupun dia tidak pakar dalam bahasa Inggeris dan tidak tahu berbahasa Peranchis. Sekiranya di tanya pada isteriku bagaimana dia lakukan, dia tetap menjawab, ‘Rahsia’. Walau bagaimana pun aku tetap tersedar bahawa ayat pertama yang harus kita belajar dalam bahasa asing ialah, ‘Mana Tandas?’.
Sekarang
ini, semua sudah selesai di pekan Ranong, kami mula
bergerak menghala ke Chumpon kerana itulah
arah mengahla ke Batu Tanda. Kami pandu kereta dengan perlahan, memastikan tidak
terlepas pandang apa yang kami cari-cari. Sedar-sedar sudah melebihi 30 km dariRanong, akhirnya kami dapat kesan juga tempat tersebut. Memang
mudah, Batu Tanda tersebut agak besar bagai sebuah tugu, terletak hanya di tepi
jalan dan di Segenting Kra yang tersempit sekali. Itulah tempat yang memisahkan
Siam dan Semenanjung Tanah Melayu dan terdapat pula sebatang sungai bersebelahan selebar
50 meter yang memisahkan pula dengan Burma.
Puas, kami sudah puas dan banyak sekali kami bergambar, ‘Inilah dia sempadan kita’.
Destinasi kelapan: Cadang nak
pulang sahaja apabila tercapai hasrat ini, tapi apabila melihat jarak keChumpon hanya kira-kira 70 km walaupun terletak di sebelah
pantai timur, selatan Siam, kami buat keputusan melawati Chumpon dahulu sebelum berpatah balik melalui jalan di pantai barat
untuk singgah di Phuket, ingin juga
melihat kesan-kesan Tsunami sekiranya masih ada.
Fakta Hebatnya Bangsa Melayu Yg Jarang
Kita Dengar
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.