Total Pageviews

Wednesday, 14 August 2019

Sempadan Tanah Melayu Segenting Kra



SEGENTING KRA PERMULAAN TANAH MELAYU



Segenting Kra terletak di Thailand dalam Wilayah Ranong. Ianya Merupakan Persempadanan Asal Antara Tanah Melayu, Tanah Thai (Siam) dan Burma sekian lama yang dipisahkan dengan sebuah Sungai yang bernama Sungai Kra. Malah Pekan Segenting Kra (Kra Buri) juga mendapat nama dari Keadaan RupaBumi Sungai Kra yang semakin mengecil di Bahagian Hujung Hulu Sungai. Segenting Kra pada Asalnya merupakan Wilayah Permulaan Jajahan Kerajaan Melayu yang dikuasai Oleh Kerajaan Sriwijaya, Kemudian Kerajaan Melaka hinggakan beralih tangan kepada Kerajaan Pattani. Sekian Lamanya Wilayah ini sering menjadi Perebutan antara Kuasa Besar dari dulu lagi, diantara Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Burma dan Kerajaan Ayudyaha hinggakan Sering Berlaku Peperangan antara 3 Kerajaan Besar ini. Malah Apabila Kerajaan Ayudyaha jatuh ke tangan Kerajaan Siam Dinasti Cakri, Kerajaan Melaka pula terbahagi kepada Kerajaan2 Kecil, Wilayah ini Tetap berlaku Perebutan PerSempadanan antara Kerajaan Siam Dinasti Cakri, Kerajaan Burma dan Kerajaan Kedah Pattani yang menyebabkan berlaku Peperangan yang Besar sehinggakan Kerajaan Kedah Pattani Terpaksa Berundur dan Akur di Bawah Jajahan Kerajaan Siam Dinasti Cakri menyebabkan Jatuhnya Tanah Jajahan Negeri Melayu dari Segenting Kra hingga ke Perlis dan Kedah Berperingkat peringkat. Namun Sultan Kedah telah dapat menyelamatkan Kerajaannya dari ditakluk oleh Kerajaan Siam Dinasti Cakri dengan Pertolongan Dari Pihak British. Namun begitu, Kerajaan Melayu Pattani dan Jajahan Asal Tanah Melayu Lenyap di bawah Kuasa Kerajaan Siam Dinasti Cakri. Persempadanan Wilayah Jajahan Negeri Melayu sering Bertukar2 oleh kerana Peperangan antara Kerajaan Melayu dan Kerajaan Siam sering Berlaku. Dengan itu hilanglah Tanah Jajahan Asal dan Persempadanan Asal Tanah Melayu di Segenting Krapon Bertukar Tangan. Namun, walaupon pada saat itu Kawasan dari Segenting Kra hinggakan ke Setul membawa ke Pattani jatuh ke tangan Jajahan Kerajaan Siam, Penduduk Tempatan Asal masih berhubungan dengan menggunakan pertuturan dalam Bahasa Melayu akan tetapi ianya mula kurang apabila dasar memperkayakan Bahasa Siam oleh Kerajaan Siam Dinasti Cakri disebarkan di seluruh Jajahan membuatkan kini hanya segelintir Kecil yang mengerti dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Malah Kerajaan Siam juga telah mengarahkan Perpindahan Besar-besaran Rakyat dari Utara Siam ke Kawasan Jajahan Baru mereka di selatan menyebabkan Masyarakat Asal Melayu terus dipinggir dan sesetengahnya terus menyertai Masyarakat Besar Siam yang kini bergelar Orang Thai dan Kini Nama Orang Melayu walaupon Ianya adalah Asal Usul Keturunan Mereka hilang begitu sahaja. Hanya Bahagian Hujung Selatan di 3 Wilayah iaitu di Pattani, Yala dan Narathiwat yang masih terlihat akan KeMelayuannya.

Perjalanan Abangboyc ke Destinasi seterusnya iaitu Tugu Segenting Kra atau lebih dikenali dengan Panggilan Kra Isthmus bermula dari Hotel Jansom Ranong Spa And Resort di Bandar Ranong terletak pada jarak kira2 68km dari Bandar Ranong dan Sekitar 5 kilometer dari Pekan Kra Buri. Perjalanan yang memakan masa hampir 1 jam ini melalui Perkampungan Persempadanan dan Hutan2 kecil. Laluan yang sekali sekala terlihat akan Sungai Kra ini akan menghubungkan dengan pekan Kra Buri (Pekan Segenting Kra) terlebih dahulu sebelum sampai ke Tugu Persempadanan Tanah Melayu Segenting Kra (Kra Isthmus). Sedar Tak sedar sampai sudah di Pekan Kra Buri. Pekan Kra Buri pada Asalnya merupakan Pintu Sempadan Lintas Batas antara Thailand dan Myanmar. Dan Pada Masa Dahulunya, Pekan Kra Buri ini juga merupakan Pekan Paling depan yang menunjukkan Beradanya di Kawasan Tanah Wilayah Negeri Melayu dan Jeti Persempadanan antara Tanah Melayu dan Burma sudah wujud pada masa itu. Namun kini Jeti ini tidak beroperasi lagi, dan Kini ianya cuma merupakan Jeti bagi penduduk berdekatan antara 2 negara bagi menjalankan aktiviti harian di sekitar Pekan Kra Buri sahaja.

Pekan Kra Buri (Pekan Asal Segenting Kra) Dari Pekan Kra Buri, Abangboyc terus menghalakan Kenderaan Abangboyc ke Destinasi yang sekian lama ingin abangboyc jejaki bagi melihat sendiri Persempadanan Asal Tanah melayu yang sering diperkatakan iaitu Kra Isthmus (Tugu Persempadanan Tanah Melayu Segenting Kra) atau dalam bahasa Thai menyebut KOR-KOD-KRA. Kawasan yang diperkatakan merupakan kawasan Tebing antara Sungai Kra yang mengecil dan merupakan Persempadanan antara 3 Kuasa Besar Kerajaan Lama. Dari Pekan Kra Buri perjalanan cuma tidak sampai 10 minit.

Dan Akhirnya Abangboyc sampai juga ke Lokasi Perjalanan Abangboyc iaitu Tugu Persempadanan Tanah Melayu di Segenting Kra. Ianya terletak betul2 di Tepi Jalan dalam Kawasan Perkampungan Mamu yang menghala ke Chumphon dari Kra Buri. Dari Jalan Raya Besar terlihat Papan Tanda Arah yang menunjukkan Wilayah Negara Myanmar yang terletak cuma 100 meter dari situ. Tugu yang sering diperkatakan agak Besar dan mudah dilihat dan pasti pengunjung tidak akan terlepas pandang sekiranyanya melalui kawasan ini. Pada saat Abangboyc berada di Segenting Kra, Kebetulan sedang berlakunya Acara Tahunan Pertandingan Lumba Perahu Lanjang (Perahu Panjang), jadi kawasan itu kelihatan agak meriah dan Parkir pon susah nak cari. Tapi pada hari-hari biasa, kawasan ini agak sepi cuma sekali sekala terlihat pelancong luar singgah mengambil gambar menjadikan kenangan di lokasi sempadan 2 negara.

Penduduk Myanmar Berperahu Menyeberangi Sungai Untuk Pulang Ke Rumah Mereka di Perkampungan Sempadan dalam Negara Myanmar yang diPisahkan oleh Sungai Kra Abangboyc menghabiskan masa hampir 2 jam di sini bagi merasai kehidupan sebenar penduduk persempadanan 2 negara antara Myanmar dan Thailand selain melihat keadaan sebenar dan merasai pesta penduduk tempatan yang berjalan juga menjejaki Persempadanan Asal Permulaan Wilayah Tanah Melayu di Tanah Hujung di Segenting Kra. Kemudian Abangboyc Meneruskan Perjalanan Ke Krabi melalui Jalan No 4 ke Chumphon dan Jalan No 41 ke SuratThani kemudian menghalakan kenderaan ke jalan no 44 sebelum sampai ke Koh Lanta di Krabi. Ikuti Perjalanan Abangboyc seterusnya ke Koh Lanta dalam Propinsi Krabi pada Episod seterusnya. Editor By : AbangBoyc Zone 2010




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.