Total Pageviews

Monday 3 February 2020

Askar hanya makan tidur, baik kerja ladang FELDA


Askar hanya makan tidur, baik kerja ladang FELDA – Ahli Perniagaan

 

 






KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap keberkesanan yang rendah.

Menurut beliau, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

“80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta pencen,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.


“Kerajaan perlu menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan pecat pekerja yang tidak diperlukan,


“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” jelas Yew Yin.


Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan Dasar Ekonomi Baharu turut diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera.


“Memberi ruang kepada masyarakat bukan Bumiputera untuk terlibat dalam sektor awam dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan,

“Kerajaan perlu mengamalkan dasar meritokrasi untuk naikkan pangkat dan seharusnya mengupah guru dari pelbagai bangsa,” gesa ahli perniagaan itu.

Yew Yin turut berharap kerajaan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil berat akan cadangan beliau.

Koon Yew Yin merupakan pelabur terkenal dan menjadi pemegang saham utama beberapa syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia. Antaranya Jaks Resources Berhad, Dayang Enterprise Holdings Bhd, Toyo Ink Group Berhad serta Master-Pack Group Berhad.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) namun digugurkan dari jawatan berkenaan berikutan melakukan dakwaan sangat serius terhadap Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung amalan rasuah dalam pengurniaan darjah kebesaran negeri Perak pada November tahun lalu.


Koon Yew Yin sebelum ini pernah mendedahkan penglibatan beliau dalam membiayai parti komponen Pakatan Harapan.

Foto: klinvestor.
Ketika mengalami krisis dengan kerajaan Perak, Yew Yin turut mendedahkan bahawa beliau pernah memberikan bantuan kewangan kepada empat parti komponen dalam PH, serta berkempen di beberapa lokasi dalam negeri Perak bagi memastikan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.