Total Pageviews

Monday 3 February 2020

Tentera hanya makan tidur, patut ganti pekerja asing di ladang Felda


“Tentera hanya makan tidur, patut ganti pekerja asing di ladang Felda” – ahli perniagaan pro PH.







KUALA LUMPUR, 14 Ogos –  Ahli perniagaan pro Pakatan Harapan, Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkannya  terlalu besar.

Beliau berkata demikian dalam satu blog kendaliannya di sini. 

Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat telah digunakan untuk membiaya sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta mempunyai tahap produktiviti yang rendah.

“Sebagai pembayar cukai, saya rasa tertipu apabila saya lihat banyak wang cukai kita disalurkan kepada gaji penjawat awam yang berlebihan dan berproduktiviti rendah. Ini telah menyebabkan kurangnya pembangunan dan pelaburan di sektor pendidikan dan latihan kemahiran” – Koon Yew Yin

Tambahnya lagi, Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia adalah terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

“80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk membiayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ini digunakan untuk membayar gaji serta pencen,” — Koon Yew Yin

Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi.

Antaranya untuk tidak mengambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam dan meletakkan anggota tentera menjadi pekerja ladang di Felda.



Berikut merupakan ringkasan 6 cadangan beliau:

“1 Hentikan pengambilan kakitangan awam baru dan secara beransur-ansur, bilangannya akan berkurang apabila semakin ramai pekerja bersara untuk menerima pencen.

2 Kerajaan harus melihat dengan serius senarai pekerja di setiap jabatan dan memberi notis untuk bersara kepada pekerja yang berlebihan.

3 Seperti yang anda tahu, angkatan tentera  tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali pada latihan sasaran.Beberapa dari mereka sepatutnya menggantikan pekerja asing di ladang Felda. 

4 Melaksanakan DEB sebagai yang awalnya dicadangkan untuk membasmi kemiskinan berdasarkan dasar bukan kaum. Ia bukan semata-mata untuk Bumiputera. Jika sesetengah orang bukan Melayu bekerja di perkhidmatan awam, ia akan meningkatkan kecekapannya. Mengurus negara seperti menguruskan ratusan syarikat dalam melakukan pelbagai jenis perniagaan.

5 Kerajaan mesti mengamalkan meritokrasi dalam pemilihan dan promosi pekerja. Dengan cara ini, keseluruhan perkhidmatan awam akan bertambah baik dan kurang diperlukan.

6 Pendidikan adalah kunci kejayaan dalam setiap negara dan guru memainkan peranan yang sangat penting. Pada masa ini hampir semua guru adalah orang Melayu. Kerajaan tidak boleh menggunakan guru berdasarkan bangsa tetapi berdasarkan meritokrasi.” – Koon Yew Yin 

Yew Yin turut berharap kerajaan Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengambil berat akan cadangan beliau.

Sementara itu, hantaran di laman facebook beliau mengenai cadangan beliau ini tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah mendapat kecaman netizen.

Sebelum bersara dan aktif menulis, Koon Yew Yin merupakan pengasas Gamuda, Mudajaya dan IJM.






Pada PRU 14 lepas, beliau berkempen untuk Pakatan Harapan, malah mendermakan RM100k untuk setiap parti komponen gabungan tersebut.

“Ketika pilihanraya lepas, saya dermakan lebih RM100, 000 kepada setiap satu dari empat parti komponen  Pakatan Harapan. Lebih dari itu, saya berkempen untuk setiap mereka” – Koon Yew Yin

-Buletin TTKM-





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.