Bendung
ideologi PKM
KERAJAAN
didesak menjalankan siasatan terperinci ke atas penganjuran program
memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang berlangsung di
Sepang dan Kajang, baru-baru ini.
Gesaan
berkenaan dibuat 11 gabungan Persatuan Bekas dan Pesara Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bagi membendung cubaan menghidupkan semula ideologi komunis di negara
ini.
Presiden
Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Tan Sri Mohd
Ismail Che Rus berkata, tindakan tegas perlu diambil jika didapati penganjuran
majlis itu melanggar undang-undang.
Menurutnya,
setiap pihak atau individu yang terbabit secara langsung atau tidak langsung
dalam memperbesarkan perjuangan, tokoh dan ideologi Parti Komunis Malaya (PKM)
perlu dikenakan tindakan setimpal.
“Kita
mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan undang-undang
termasuk menggubal undang-undang atau peraturan bagi mengharamkan apa saja
unsur yang mengaktifkan semula PKM,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan
Pejuang Negara Menentang Komunisme di Padang Merbok, di sini, semalam.
Hampir
3,000 orang menyertai perhimpunan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari
itu.
Hadir sama, bekas Ketua Polis Negara ke-4, Tun
Mohammed Hanif Omar dan bekas Ketua Polis Negara ke-8, Tan Sri Musa Hassan.
Dalam pada itu, Mohammed Haniff berkata, bekas ahli
PKM yang cuba menghidupkan kembali ideologi komunisme disifatkan sebagai tidak
tahu bersyukur.
“Peluang (ahli komunis) balik ke sini (Malaysia) sudah
diberikan selain kita beri mereka mulakan hidup baharu, namun mereka masih mahu
mengagungkan komunis.
“Pada 1941 dahulu, mereka (PKM) lawan Jepun pun atas
arahan Soviet Union (Russia), bukan atas dasar perjuangan yang mana mereka
sememangnya tidak hargai peluang diberikan,” katanya.
Pada 1 Disember lalu, sebuah portal berita melaporkan,
300 orang menghadiri perhimpunan yang diadakan di sebuah kolej swasta di
Kajang, Selangor, dipercayai membabitkan bekas anggota PKM.
Difahamkan, perhimpunan itu diadakan bagi memperingati
ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan
Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Sebelum ini, rakyat di negara ini digemparkan dengan
tindakan satu kumpulan menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150
orang untuk memperingati Setiausaha Agung PKM, Chin Peng atau nama sebenarnya
Ong Boon Hua yang meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di
Bangkok pada 16 September 2013.
Artikel ini
disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.