Koon Yew
Biadab Hina Askar Hanya Makan, Tidur
Aug 14, 2019
KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam negara terutama membabitkan soal kaum, agama dan juga menghina penjawat awam.
Jika
kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membiarkan perkara
itu berlaku, keadaan bakal menjadi tidak terkawal dan perangai pihak tertentu
semakin melampau.
Tegas
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi, penghinaan terhadap
penjawat awam terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sesuatu yang
cukup biadab dan tidak boleh diterima.
ATM
katanya, adalah benteng pertahanan negara yang dipandang mulia dan bukan semua
rakyat mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
Ujar
beliau, kenyataan ahli perniagaan yang juga penyumbang dana Pakatan Harapan
(PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang lalu, Koon Yiew Yin dianggap
menghina penjawat awam terutama ATM yang banyak berjasa kepada rakyat dan
negara.
“Telah terbukti sejak dahulu lagi jasa ATM tiada tolok
bandingnya. ATM telah berjaya mempertahankan negara seperti ketika penjajahan
Jepun, pemberontakan dan serangan komunis di mana setiap anggota tentera
termasuk juga polis telah berkorban demi rakyat dan negara.
“ATM juga turut terbabit dalam misi keamanan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa (PBB) dipelbagai tempat di luar negara sama ada untuk menjaga
keamanan mahupun mengelak dari berlakunya konfrantasi.
“Saya ingin bertanyakan kepada Koon Yiew Yin, adakah jika
negara berada di kancah peperangan, sanggupkah beliau bersama ATM mengangkat
senjata mempertahankan negara?” soal beliau menerusi kenyataan kepada media,
hari ini.
Semalam,
Koon Yew yang merupakan ahli perniagaan menggesa kerajaan PH mengambil langkah
sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan
terlalu besar.
Beliau
turut menyatakan, rasa tertipu sebagai pembayar cukai kerana wang cukai rakyat
telah digunakan untuk membiayai sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti
serta mempunyai tahap bekerkesanan yang rendah.
Menurut
Muhammad Khalil, jika hanya pandai bercakap, tetapi belum tentu sanggup
berkorban nyawa mempertahankan tanah air, lebih baik diam dan tutup mulut.
Sejarah
tamadun dunia sejak dahulu lagi telah membuktikan siapa dan bagaimana manusia
yang menjadi pejuang tanah air serta yang menjadi petualang.
“Kata-kata beliau bukan sahaja menghina ATM, tetapi juga
menghina peneroka Felda. Ungkapan beliau seolah seperti Felda suatu tempat yang
teruk maka layak anggota ATM diletakkan di sana kerana hanya tahu makan dan
hidup.
“Tidak kira anggota ATM mahupun peneroka Felda, mereka
menyumbang tenaga kepada negara, malah turut mempertaruhkan nyawa.
“Peneroka Felda adalah antara penyumbang terbesar ekonomi
negara dengan kepelbagaian produk sawit negara,” katanya.
Katanya,
Koon Yew tidak perlu mendabik dada menjadi penyumbang dana kepada parti
pemerintah pada PRU, boleh berkata dan menghina sesuka hati. – MalaysiaGazette
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.