Komik propaganda Komunis
Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama
Isu komik
menghangatkan Dewan Rakyat
SESI Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini hangat apabila pihak pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung pembabitan timbalannya dalam isu komik propaganda komunis dan DAP, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’.
Ini kerana Maszlee ketika menjawab soalan tambahan
daripada Datin Mastura Mohd Yazid (BN- Kuala Kangsar) mengenai bagaimana Teo Nie Ching boleh menerima komik
berkenaan di dalam pejabat KPM dan prakatanya
juga ditulis oleh Ahli Parlimen Bagan ( Lim Guan Eng ) berkata, timbalannya sudah membuat penjelasan di
Facebook (FB).
“Saya rasa isu berkaitan gambar Timbalan Menteri sudah
dijawab dalam FB beliau, mengenai bagaimana beliau diberi komik terbabit dan
diambil gambar.
“Insiden yang sama juga berlaku kepada Perdana Menteri
yang diserahkan komik terbabit dan kemudian diambil gambar.
“Namun ini bukan insiden terpencil kerana ramai lagi
menteri atau ahli parlimen lain yang kadang-kadang diserbu oleh pengarang
tertentu, diberi buku dan kemudian diambil gambar tetapi ia tidak boleh
dianggap sebagai bukti pengiktirafan, ” katanya.
Jawapan Maszlee itu bagaimanapun mengundang rasa tidak
puas hati dalam kalangan pihak pembangkang yang mahu penjelasan dilakukan di
Dewan Rakyat dan bukannya menerusi FB.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang
turut tidak berpuas hati juga mencelah dan menghangatkan suasana.
“Apa Facebook, ini Parlimen kita tanya... tolong jawab
menteri,” katanya.
Maszlee bagaimanapun berjaya mententeramkan suasana
apabila dengan tegas berkata pengedaran komik kontroversi itu sama sekali tidak
dibenarkan.
“Tidak kira gambar siapa, gambar Timbalan Perdana Menteri
kah, mana-mana Ketua Setiausaha (KSU) kah atau ahli parlimen kah, yang penting
Menteri Pendidikan tidak benarkannya.. keputusan adalah di tangan saya,”
tegasnya.
Tajuddin kemudiannya mencelah dan mengucapkan tahniah
kepada Maszlee.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul
Rahman (PAS- Kuala Krai) mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menerbit dan mengedar komik itu,
Maszlee berkata, kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus
bekerjasama memantau isu itu menerusi semua mekanisme di peringkat negeri,
daerah dan sekolah.
Ia bagi memastikan komik berkenaan
tidak berada di premis pendidikan dan tidak memberi kesan negatif kepada warga
sekolah.
“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah juga sudah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik
daripada mana-mana pihak ataupun pembekal.
“Ini kerana sekolah tidak seharusnya
menjadi medan penyebaran propaganda politik,” katanya.
Artikel ini
disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.