Tangani
terrorism dengan sewajarnya.
Kesetiaan
mereka kepada YDP Agung boleh dipersoalkan.
Adakah mereka masih menyatakan taat
setia kepada YDP Agung?
Kita
tidak mahu kestabilan Negara terancam.
ANWAR JANGAN JADI BATU API,
TOLONG HORMATI PDRM TANGANI TERORISME
Peguam
Negara Tommy Thomas telah membuat keputusan. Setakat ini, itulah pendirian
kerajaan Pakatan Harapan. Tentunya Tommy mewakili kerajaan dalam hal ini.
Keputusan
ini membuatkan banyak pihak memberi reaksi segera. Rata-ratanya membantah
keputusan Tommy yang menghentikan prosiding kes ini dan akan membebaskan semua
12 orang yang telah dituduh menyokong pertubuhan terroris LTTE. Jika segalanya
berjalan lancar, kesemua mereka mungkin akan dibebaskan dalam masa terdekat.
Terkesan
dengan reaksi masyarakat yang menolak keputusan Tommy, DS Anwar Ibrahim tampil
dengan cubaan mempertahankan tindakan Tommy. DS Anwar lantas meminta mereka
yang terlibat menyokong kumpulan teroris Islamic State (IS) atau DAESH segera
dibebaskan. Saya berasa mungkin DS Anwar cuba menjadi jaguh, mahu menenangkan
reaksi masyarakat yang marah kepada Tommy.
Malangnya,
tindakan ini kurang bijak dan tidak sepatutnya datang dari seorang yang
disebut-sebut bakal PM. Implikasi permintaan beliau sangat besar terhadap
keselamatan negara. Pertama, mana mungkin pesalah yang sedang menjalani hukuman
dibebaskan begitu saja. Tambahan pula kesalahan-kesalahan yang melibatkan
aktiviti terorisme. Banyak kerosakan akan dilakukan oleh para teroris ini
nanti.
Kedua,
jika mereka ini (pesalah dan penggiat aktiviti terorisme) dibiar lepas dan
bebas, ia bakal mengundang bahaya kepada negara. Mereka bebas untuk merancang,
mengendali serta melaksanakan aktiviti terorisme mengikut fahaman mereka. Tidak
mustahil apa yang berlaku di luar negara, akan terjadi di Malaysia. Kita tidak
mahu letupan yang membunuh masyarakat awam terjadi di Malaysia.
Ketiga,
isu keselamatan ini tidak sekali-kali berorientasikan perkauman. Nampaknya DS
Anwar cuba untuk mengheret isu itu dalam hal ini. Isunya bukan LTTE itu India
dan IS/DAESH itu Islam. Isu pokok adalah
soal keselamatan dan keselamatan ini merentasi hubungan kaum. Kekejaman
teroris LTTE, IS/DAESH dan KOMUNIS tidak mengenal batas kaum dan agama. Lihat
sahaja mangsa keganasan di Sri Lanka, Indonesia dan banyak negara lain di Timur
Tengah. Negara barat juga tidak terkecuali.
Keempat,
cukup-cukuplah menambah duka pihak berkuasa yang selama ini komited membanteras
terorisme seperti PDRM. Individu-individu di bahagian anti teroris PDRM
berkorban masa, tenaga dan jiwa, memerah keringat demi melumpuhkan sebarang
aktiviti terorisme. Tiba-tiba muncul pula cadangan membebaskan teroris yang ada
di dalam negara.
Amatlah
tidak bijak menyelesaikan masalah dengan menambah satu masalah yang lain pula.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, DS Anwar perlu menyokong tindakan pihak
berkuasa membanteras jenayah terorisme menjadikan orang awam yang tidak
bersalah sebagai mangsa. Malahan jika perlu, tindakan pihak berkuasa sekarang
perlu diganda dan diperketatkan lagi. Ini semua untuk menjamin rakyat dan
negara Malaysia bebas dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sama
ada LTTE, IS/DAESH, KOMUNIS atau apa jua bentuk pertubuhan teroris, wajiblah
dicegah dari awal. Ahli-ahli politik usah masuk campur urusan keselamatan.
Mereka yang berkepentingan di agensi keadilan dan penguatkuasaan juga usah menjadi
alat kepada ahli-ahli politik yang mementingkan tindakan populis.
Tindakan
mengekang terorisme bukanlah untuk orang lain, untuk kita juga semua rakyat
Malaysia. Kita perlukan Malaysia yang stabil serta harmoni. Kita juga mahu
mewariskan negara dan corak hidup yang bertolak ansur serta aman damai kepada
anak cucu kita nanti….
Oleh
Tongkat Warren
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.