Total Pageviews

Monday 3 February 2020

Kapal China langgar batas perairan negara

Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara

06/01/2020

Pesawat pengebom strategik juga ada dalam zon ekonomi eksklusif





BANGI, 10 Jamadilawal 1441H, Isnin – Kementerian Pertahanan perlu memberi perhatian serius berhubung berhubung kemunculan sebuah kapal peronda China di Beting Hempasan Bantin, satu beting dalam gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) beberapa hari lalu.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dalam satu kenyataan, hari ini berkata, selain kapal peronda, pesawat pengebom strategik juga kelihatan melalui kawasan yang terletak di dalam zon ekonomi ekslusif (EEZ) Malaysia itu.


Ia dipercayai mengganggu aktiviti eksplorasi minyak oleh kapal penggerudi laut dalam di sana, katanya.


“Keadaan ini jelas mencetuskan rasa tidak senang ramai pihak yang melihat tindakan China tersebut sebagai sengaja mencetuskan kontroversi malah mereka sudah mula berani melanggar batasan perairan EEZ negara,” katanya.


Beliau berkata, kemunculan kapal peronda berkenaan bukan satu perkara baharu dan pernah berlaku sebelum ini.


“Pada November 2015, pihak berkuasa China pernah membolos beting Patinggi Ali dengan menyatakan hak atas faktor sejarah mereka terhadap tuntutan sembilan-garis putus (nine-dash lines) di Laut China Selatan,” katanya. 


“Bagaimanapun, keputusan Tribunal Timbang Tara Antarabangsa pada 12 Julai 2016 telah menjelaskan pendirian bahawa tuntutan sembilan-garis putus tersebut adalah tidak sah serta tidak menepati perundangan laut antarabangsa,” katanya.


Beliau berkata, walaupun aspek diplomasi dan keamanan serantau amat wajar dititik beratkan, namun langkah berjaga-jaga dari segi keselamatan maritim perlu sentiasa diberi perhatian serius khususnya di bahagian kawasan EEZ Malaysia di perairan Sarawak.


“Pada masa sama, Malaysia juga wajar mengekalkan kependudukan efektif serta kawalan efektif ke atas sesuatu wilayah Malaysia bagi mengekalkan kedaulatannya,” katanya.





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.