Abu Chin
Peng pulang ke Malaysia
26 Nov 2019
Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya
(PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat "kembali ke
rumah" pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.
Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa
pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut
dan gunung di tanah kelahirannya.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di
Sitiawan, Perak pada 1924. Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia
telah bermastautin di Thailand.
Penyelaras
kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba
di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150
orang pada hari yang sama.
Menurut
Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di
Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang
tugu mengenang tapak-tapak ini.
Bagi
memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui
tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu
tersebut di laut dan hutan.
"Biarlah
dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan
kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini," kata Chai.
Pengumuman
ini dibuat oleh Chai semasa sidang media di Ipoh petang ini. Lebih daripada 30
kenalan dan rakan-rakan seperjuangan Chin Peng turut hadir.
Chai
berkata majlis upacara peringatan itu tidak didedahkan kepada orang ramai untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Sekarang
kami telah menyelesaikan tugas itu, kami sangat gembira," katanya.
Sementara
itu, Chai dan kawan-kawannya optimis kerajaan PH akan mempunyai sikap berbeza
berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini.
Walaupun
pihak berkuasa dalam pemerintahan baru mungkin masih tetap bertindak terhadap
mereka, Chai percaya PH tidak akan berbuat demikian.
"Kami
tidak melanggar undang-undang, kami mempunyai kepercayaan terhadap PH, kami
percaya kepada mereka," katanya.
"Kami
sangat tua sekarang. Jika mereka mahu mengambil tindakan, mereka hanya boleh
menangkap kami," kata She Yu, 74, terkejut sambil tertawa.
Tong
Yee, 82, juga berkata pentadbiran baru tidak akan berkelakuan seperti parti
pemerintah lama.
"Jika
mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu, apakah itu bermakna rakyat telah
membuat keputusan salah untuk menggulingkan BN pada pilihan raya umum tahun
lepas?" Soal Tong.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.