Siasat siapa
keluarkan komik
SEMUA
pihak terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan
Meraih Manfaat Bersama’ akan dipanggil untuk siasatan lanjut, kata Menteri
Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau
berkata, siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan
kementerian mendapati kandungan komik itu mempunyai perkara tidak benar.
“Ikut
laporan awal Bahagian Keselamatan KDN, ada perkara tidak betul dalam komik itu,
sebab itu wajar tindakan tegas diambil ke atas mereka yang menerbit dan
mengedarkan komik berkenaan.
“Kita
akan panggil mereka (yang menulis) dan dapatkan keterangan lanjut. Kita pun
tidak boleh ambil tindakan terburu-buru, jadi kita akan siasat.
“Kita
tahu pengarangnya. Saya akan arahkan untuk memanggil dan dapatkan penjelasan
serta penerangan daripadanya,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja
ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan KDN mengenai
aspek keselamatan membabitkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara
selepas komik berkenaan diedarkan.
Terdahulu,
KPM menegaskan tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk
pengedaran komik berkenaan.
Muhyiddin
berkata, isi kandungan mana-mana bahan untuk edaran di institusi pendidikan
perlu dipastikan tidak menyentuh batas politik atau membabitkan isu negara
asing.
“Saya
terima maklumat dan diberitahu KPM juga sudah meminta edaran komik itu ditarik
balik. Masa (ketika) saya Menteri Pelajaran dulu, tiada bahan apa sekali pun
boleh diedar ke sekolah, kecuali dengan kebenaran kementerian dan saya pasti
tentunya komik ini pun tidak dapat kebenaran kementerian.
“Isi
kandungan itu kalau pasal Upin Ipin, tidak mengapalah, tetapi jika ada cerita
pasal batas politik, soal negara asing atau dikaitkan dengan kefahaman politik,
itu tidak boleh,” katanya.
Berita berkaitan
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 18 Oktober 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.