Komik
propaganda boleh cetus ketegangan kaum - PENA
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
KUALA
LUMPUR: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menyifatkan penerbitan dan
pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama sebagai perbuatan provokatif yang boleh mencetuskan
perbalahan awam dan ketegangan kaum.
Presidennya,
Dr Mohamad Saleeh Rahamad, berkata kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya
kerana jika dibiarkan berterusan ia
boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara.
“Ahli
politik yang sudah menjadi kerajaan tidak
wajar sama sekali menghalang tindakan Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Dalam Negeri (KDN) menghapuskan gejala subversif itu, manakala campur
tangan politik tidak seharusnya berlaku.
“Komik
yang mengandungi ideologi negara China, unsur
subversif dan penyelewengan fakta itu ialah racun bagi pembinaan negara bangsa.
“Tujuan
komik itu diedarkan adalah untuk
meracuni fikiran pelajar supaya cenderung menerima ideologi bertentangan dengan
ideologi kebangsaan yang sudah dirumuskan dalam prinsip Rukun Negara dan
Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam,
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali
lagi menegaskan komik propaganda politik yang didakwa diedar ke Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian
Pendidikan (KPM).
Beliau
berkata, KPM tidak akan membenarkan
pengedarannya ke sekolah di bawah kementerian dan mana-mana sekolah yang
sudah menerimanya sudah diarahkan untuk tidak disebarkan.
Baru-baru
ini, seramai 43 pemimpin akar umbi,
termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman
Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kemudian dilaporkan berkata, penulis
komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama sudah memberi keterangan
di Bukit Aman bagi membantu siasatan.
Malah,
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan siasatan wajar dibuat
selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri mendapati kandungan komik berkenaan mempunyai
perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.
Mohamad
Saleeh berkata, PENA menyifatkan komik
itu sebagai bahan bacaan beracun yang tidak boleh diedarkan kepada sesiapa
sahaja.
Beliau
berkata, pihaknya menyokong penuh
tindakan Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan ke SMJK dan SJK.
“KDN
perlu mengharamkan komik itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.