Total Pageviews

Monday 3 February 2020

Perkara salah dalam komik



Perkara salah dalam komik

Polis rakam percakapan pakar sejarah esok
Oleh Fazrik Kamarudin






KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan sesi temu bual bersama pakar sejarah dari universiti tempatan bagi membantu siasatan kes komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama’, esok.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, memaklumkan pihaknya juga akan terus merakam keterangan daripada pakar sejarah terbabit.



Bagaimanapun, Mior Faridalathrash tidak mendedahkan secara terperinci siapa pakar sejarah yang akan ditemu bual itu.



Difahamkan, perincian lanjut mengenai latar belakang pakar itu dan berapa ramai yang ditemu bual akan dimaklumkan kemudian selepas selesai mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan.



“Esok, pasukan penyiasatan akan menemu bual pakar Fakulti Sejarah dari sebuah universiti tempatan, kita akan terus rakam percakapan beliau,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.



Pada 28 Oktober lalu, PDRM dilaporkan akan mengatur sesi temu bual bersama pakar sejarah dari universiti tempatan bagi membantu siasatan kes komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama’.



Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, temu bual itu membolehkan pihaknya mendapatkan pandangan pakar berhubung fakta yang terkandung dalam komik itu bagi melengkapkan kertas siasatan.



Pada 23 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan pengharaman ke atas komik itu kerana mengandungi propaganda negatif dan menggugat ketenteraman.



Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan laporan awal oleh bahagian keselamatan kementerian itu mendapati terdapat perkara yang tidak betul dalam komik berkenaan, sekali gus wajar untuk tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang menerbit dan mengedarkan komik tersebut.



Pada hari yang sama, tiga individu, termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung penerbitan dan pengedaran komik itu.





.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.