LTTE: Tommy Thomas 'double standard'?
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tan Sri
Tommy Thomas selepas Mahkamah Sesyen Seremban hari ini membenarkan pembatalan
dua pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P
Gunasekaran.
Zahid turut mempersoalkan adakah
keputusan mahkamah terbabit berhubung pendakwaan memiliki item berkaitan
Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu kerana tertuduh ialah pemimpin dan
pengikut DAP.
“Kenapa Peguam Negara bertindak
'double standard' kepada mereka yang disyaki dalam kes LTTE yang melibatkan
pendakwaan dengan undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012 (SOSMA) berbanding mereka yang ditangkap, didakwa dan dihukum
sebelum ini yang melibatkan tuduhan kesalahan yang lebih kecil?
“Apakah kerana mereka yang
ditahan kali ini ialah pemimpin dan pengikut DAP?,” katanya di Facebook
miliknya hari ini.
Terdahulu Timbalan Pendakwa
Raya, Aslinda Ahad mengemukakan permohonan berkenaan di hadapan Hakim Madihah
Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama dan
kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di
pejabat dan kediaman di Seremban Jaya dan Kampung Baru Rahang di sini
masing-masing pada jam 9.58 pagi dan 11.50 pagi 10 Oktober lalu.
Bagaimanapun Gunasekaran tidak
hadir ke mahkamah dan hanya diwakili barisan empat peguam diketuai RSN Rayer
yang juga Ahli Parlimen Jelutong.
Sebelum ini Gunasekaran yang
juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dituduh masing-masing di Mahkamah
Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu atas pertuduhan tambahan.
Semalam Mahkamah Tinggi menolak
permohonan habeas corpus difailkan lima lelaki termasuk dua ADUN yang ditahan
berkaitan kumpulan LTTE supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk
Ahmad Shahrir Mohd Salleh ketika membuat keputusan itu berkata permohonan
dikemukakan kesemua pemohon kini bersifat akademik dan tidak relevan kerana
mereka telah dituduh di mahkamah.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.