Total Pageviews

Monday, 3 February 2020

300 hadiri perhimpunan Komunis


300 hadiri perhimpunan berkaitan Parti Komunis Malaya di Kajang




KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan berhimpun melibatkan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang hari ini.


Perhimpunan itu dianggap sebagai perjumpaan yang bersejarah sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.


Malaysiakini melaporkan antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali.


Perjumpaan berkenaan dikatakan bermula pada pukul 10.15 pagi tadi dengan ucapan daripada beberapa bekas anggota PKM dan Ronnie.


Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.


“Perjuangan PKM adalah perang terhadap kolonial dan imperialisme, berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan kedamaian,” kata Yi Yu.


Sementara itu, Ronnie menjelaskan kehadirannya adalah bersifat peribadi dan turut berkongsi cerita mengenai penglibatan datuk dan abangnya dalam pergerakan komunis.


Ronnie berkata, penglibatan datuknya dalam pergerakkan komunis adalah untuk membebaskan Malaya daripada British selepas berjaya menghalau Jepun keluar daripada Malaysia.


Penglibatan datuk Ronnie dalam aktiviti komunis telah menyebabkan beliau dibuang ke China.


“Saya bimbang ucapan saya di sini hari ini akan menyebabkan saya dianggap sebagai komunis atau bersimpati terhadap komunis, tetapi saya masi rasa terpangging untuk bercakap di sini,” kata Ronnie seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.


Perjumpaan bekas anggota pengganas PKM itu adalah siri terbaharu melibatkan organisasi yang cukup diingati dengan kekejamannya selepas abu mayat bekas setiausaha agung PKM Chin Peng berjaya diseludup masuk dan ditaburkan di laut dan di dalam hutan di Malaysia.


Kegiatan PKM terutama pada zaman darurat meninggakan parut yang mendalam terhadap rakyat Malaysia. Banyak keluarga masih menyimpan kenangan sedih dan ngeri mengingati bagaimana anggota komunis menyeksa dan membunuh kaum keluarga mereka dengan kejam dan tidak berperi kemanusiaan.


Susulan itu ramai yang berasa kecewa apabila abu mayat Chin Peng yang semasa hayatnya tidak dibenarkan masuk dan menjejakkan kaki ke Malaysia berjaya diseludup dan ditabur di dalam negara yang pernah menyaksikan kekejaman yang dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh PKM terhadap rakyat Malaysia.-SM



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.