Mengguris
hati kami Veteran tentera, polis
PERSATUAN
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan
Polis Bersara Malaysia (RESPA) mengecam tindakan kumpulan yang membawa pulang
abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ke negara ini.
Malah,
tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Perak pada 16
September lalu secara senyap-senyap sebelum ditabur di laut berhampiran Lumut
serta hutan di banjaran Titiwangsa itu dilihat menghina perjuangan rakyat yang
menolak komunis.
Presiden
PVATM Datuk Sharuddin Omar berkata, tidak ada sebarang keperluan bagi membawa
abu mayat Chin Peng untuk balik ke negara ini berikutan pemimpin komunis itu
sendiri memilih untuk menetap dan menjadi rakyat Thailand.
“Persoalan
yang timbul di sini adalah bagaimana abu mayat Chin Peng itu boleh lepas dibawa
masuk ke negara ini sedangkan dasar kerajaan sememangnya melarang perkara itu
dilakukan.
“Malah,
ketika perjanjian peletakan senjata dimeterai antara kerajaan dengan PKM pada
1989, Chin Peng sendiri bersetuju untuk menetap dan menjadi rakyat Thailand
sehingga meninggal dunia enam tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sharuddin
berkata, beliau tidak melihat sebarang motif penting membawa balik abu mayat
Chin Peng melainkan ia propaganda bagi mencabar larangan kerajaan selain cubaan
mengiktiraf Chin Peng selaku pemimpin PKM.
“Ketika
keganasan komunis dahulu, kekejaman dilakukan mereka tanpa mengira kaum
menyebabkan seluruh rakyat bersatu menentang.
“Sebaik
berjaya diusir dan PKM dibubarkan, PKM kekal sebagai gerakan yang diharamkan
dan tindakan membawa pulang abu mayatnya secara senyap-senyap juga jelas
mencerminkan perbuatan pihak terbabit yang tidak menghormati larangan
dikeluarkan kerajaan,” katanya.
Sementara
itu, Presiden RESPA, Tan Sri Ismail Che Rus berkata, tindakan membawa pulang
abu mayat Chin Peng tidak sepatutnya berlaku dan tindakan perlu diambil kepada
pihak berkaitan.
“Jika
perkara itu benar berlaku, sudah semestinya ia perlu disiasat berikutan ia
sudah jelas melanggar larangan dikeluarkan kerajaan sebelum ini.
“Malah,
pada pendapat saya tindakan bukan sahaja patut diambil kepada mereka yang
membawa masuk abu mayat berkenaan, sebaliknya kepada pihak yang membenarkan ia
dibawa masuk sedangkan larangan masih berkuat kuasa,” katanya.
Terdahulu
portal berita tempatan, Malaysiakini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama
sebenarnya Ong Boon Hua yang meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah
hospital di Bangkok pada 16 September 2013 sudah dibawa pulang ke Perak pada 16
September lalu.
Satu
majlis peringatan dihadiri 150 individu turut diadakan pada hari sama abu mayat
itu tiba di Ipoh sebelum ditabur di kawasan laut di Lumut dan kawasan hutan di
banjaran Titiwangsa.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.