KENYATAAN MEDIA PERKASA MENGENAI KENYATAAN KOON YEW YIN BAHAWA “ANGGOTA TENTERA HANYA MAKAN TIDUR SAHAJA”
1. PERKASA memandang serius akan
keceluparan jutawan ini yang menyifatkan anggota tentera sebagai tidak berguna
langsung dalam sebuah negara membangun saperti Malaysia. Keceluparan jutawan
ini sudah tentu mengguris perasaan pasukan keselamatan khasnya, yang selama ini
telah berkorban jiwa dan raga keamanan negara ini supaya orang saperti Koon Yew
Yin boleh membuat kekayaan dengan selesa. Soalnya inikah balasan yang wajar
terhadap pengorbanan anggota tentera ini?
2. Memanglah tidak dinafikan bahawa
negara tidak lagi diancam oleh mereka yang anti negara saperti Parti Komunis
Malaya! Kerana mereka ini telah dimusnahkan habis-habisan oleh pasukan
keselamatan dalam Darurat Pertama dan Kedua. Kekalahan PKM ini telah berakhir
dengan Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989. Semenjak itu negara telah
aman dan kerajaan tidak lagi diganggu-gugat oleh anasir komunis dan telah dapat
memajukan negara ini dengan begitu pesat sekali. Apabila negara sudah aman,
tidak sepatutnya anggota tentera dilabelkan sebagai makan tidur sahaja. Kita
minta pehak ATM supaya membawa orang-orang yang sewaktu dengan Koon Yew Yin ke
dalam kem ATM dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam kem itu. Sebenarnya
mengurus keamanan adalah lebih sukar dari mengurus peperangan.
3. Walaupun begitu, PERKASA tidak hiran
dengan keceluparan Koon Yew Yin, kerana beliau adalah di antara orang ‘ternama’
Malaysia yang menziarahi ketua pengganas Komunis Malaysia Chin Peng ketika
ketua Komunis itu berada di Thailand. Ini secara langsung membuktikan bahawa
jutawan Koon Yew Yin mengiktiraf PKM dan pemimpinnya. Kita tidak lihat atau
tahu yang Koon Yew Yin pernah menziarahi balu-balu anggota
keselamatan yang kehilangan suami dalam pertempuran dengan pengganas
komunis, atau bekas anggota keselamatan yang cedera dan cacat akibat peristiwa
berdarah. Koon Yew Yin hanya berminat melawat ketua pengganas komunis.
4. PERKASA tidak mempersoalkan jutawan
ini berpihak kepada mana-mana parti politik, itu hak beliau. Tetapi apapun
parti yang dianutinya, sebagai rakyat Malaysia, beliau sepatutnya lebih taat
kepada negara ini dan menunjukkan semangat patriotik dan tidak mengiktiraf
pengganas komunis. Tetapi PERKASA juga ambil maklum bahawa tidak ramai bukan
Melayu menyertai pasukan tentera, kerana perbidalan Cina ada menyatakan bahawa
“hanya besi yang buruk dijadikan paku”.
5. Dengan itu PERKASA meminta jutawan
Koon Yew Yin memohon maaf dari semua anggota keselamatan khusus anggota ATM
bahawa mereka tidak makan tidur sahaja saperti yang didakwanya. Kerana
kenyataan beliau berbau rasis kerana lebih 90% anggota ATM dari bangsa Melayu
dan Bumiputera. Kenyataan ini tidak sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memupuk
perpaduan antara kaum di negara ini.
Oleh Mejar
Jeneral Dato’ Mohd Yunus Bin Long (Bersara)
Naib Presiden
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA)
14 Ogos 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.