Komik
propaganda diharamkan jika langgar undang-undang
Oleh Ahmad Suhael Adnan
KUALA
LUMPUR: Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ boleh
diharamkan jika didapati melanggar undang-undang.
Bagaimanapun,
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata pihaknya masih
menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan.
“Sudah
tentu (komik boleh diharamkan), saya rasa kalau ia menyalahi undang undang.
Namun kita perlu tunggulah apa keputusan siasatan polis.
“Kita
juga menunggu keputusan dan pandangan daripada Kementerian Pendidikan, tapi di
peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN), setakat ini saya masih tak dapat
gambaran atau arahan sama ada ia diharamkan atau sebaliknya,” katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya sama ada KDN akan mengharamkan komik yang mencetuskan
kontroversi termasuk didakwa mempromosi ideologi China, yang disebarkan di
beberapa sekolah.
Susulan
itu, Kementerian Pendidikan menegaskan tidak pernah memberi kebenaran atau
kelulusan pengedaran buku komik itu, selain mengarahkan Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah memastikan sekolah tidak menerima dan
mengedarkan buku komik berkenaan daripada mana-mana pihak atau pembekal.
Jumaat
lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, penulis
komik itu sudah memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan.
Menteri
Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan siasatan wajar dibuat
selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan KDN mendapati kandungan komik
berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas wajar diambil.
Komik
itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks
Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan
Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.