Enggan Berdiri
semasa NegaraKu
7 individu
dipanggil polis, tak hormat 'Negaraku
TUJUH
individu yang juga ahli ‘Sarawak for Sarawakians’ (S4S) dipanggil memberi
keterangan, semalam, selepas polis menerima laporan berkenaan tindakan mereka
tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika ‘Negaraku’ dimainkan.
Timbalan
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, sehingga kini, satu laporan
polis diterima membabitkan hal berkenaan.
“Berdasarkan
laporan ini, polis sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu
Kebangsaan 1968. Mereka dipanggil memberi keterangan susulan enggan berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan.
Dalam
akta berkenaan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau
penjara tidak lebih sebulan, kerana tidak berdiri ketika lagu kebangsaan
dimainkan.
Pada
Jumaat lalu, video sekumpulan lapan individu dipercayai ahli S4S atau penyokong
S4S tular kerana sekadar duduk ketika lagu kebangsaan berkumandang, dalam
majlis mencari dana membabitkan satu parti politik tempatan.
Difahamkan,
tindakan berkenaan dibuat sebagai membantah keputusan Kerajaan Persekutuan
terutama dalam isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri ini yang
dilihat tidak mampu dilaksanakan.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.