Tun M dedah
punca letak jawatan - “Jika benar masih disokong, saya akan kembali”
Rabu, 26
Februari 2020 4:59 PM
SEJAK Tun Dr Mahatahir Mohamad membuat kejutan
dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin, timbul banyak
spekulasi mengenai politik negara termasuk pembentukan gabungan kerajaan
baharu.
Selepas
tiga hari, persoalan itu terjawab, apabila Dr Mahathir yang kini merupakan
perdana menteri interim telah tampil menerusi perutusan khasnya pada petang
Rabu.
Beliau
secara terbuka berkongsi visinya bersama rakyat, termasuk menyatakan
sebab-sebab memutuskan untuk meletakkan jawatan.
Berikut
adalah intipati sebab Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri
ketujuh:
1.
Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan
bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya
tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.
2.
Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas
jawatan dan gila kuasa.
3.
Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai
“be all and end all”
adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun
satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk
kebaikan negara.
4.
Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang
politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah
atau yang menang.
5.
Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada
Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya
masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang
dipilih.
6.
Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh
kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum
tiba.
7.
Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya Bersatu memutuskan untuk keluar dari
Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar.
Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.
8.
Kesannya jika Bersatu sokong PAS dan Umno maka parti-parti yang kalahlah yang
akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang
terbesar.
9.
Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi
Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. Ini tidak dapat
diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.