Penulis
komik kontroversi sudah beri keterangan - KPN
Oleh Norrasyidah Arshad
KUALA
SELANGOR: Penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’,
sudah memberi keterangan di Bukit Aman, semalam.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata keterangan berkenaan dapat
membantu siasatan lanjut pihaknya.
“Satu
atau dua individu lagi akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa
terdekat. Kita masih belum pasti apa bentuk kesalahan dalam kes ini,” katanya
selepas merasmikan Konvoi Ride Bersekutu Vol 4.0 2019 (RBV#4) di Dataran Puncak
Alam, hari ini.
Turut
hadir, Penaung dan Penasihat Gabungan Kelab Permotoran Malaysia, Tan Sri Rozali
Ismail.
Abdul
Hamid berkata hasil siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa
Raya untuk tindakan selanjutnya.
Semalam,
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata siasatan wajar
dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan kementeriannya mendapati
kandungan komik berkenaan mempunyai perkara tidak benar dan tindakan tegas
wajar diambil.
Kementerian
Pendidikan sebelum ini mengeluarkan kenyataan tidak pernah memberi kebenaran
atau kelulusan untuk pengedaran buku komik berkenaan kepada mana-mana institusi
pendidikan termasuk sekolah.
Menurut
kenyataan sama, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sudah
diarah memastikan sekolah tidak menerima dan mengedarkan buku komik daripada
mana-mana pihak atau pembekal.
Komik
itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks
Tun Abdul Razak (KOMTAR), atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan
Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.