October 23rd, 2019 | by Arini Saleh
Baru-baru ini viral di media sosial keratan komik
bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang didakwa
diedarkan secara senyap ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) di negara ini. Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee
Malik menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah memberi
kebenaran kepada komik yang berunsur propaganda politik tersebut dikeluarkan.
Beliau juga telah mengarahkan KPM menyiasat individu
atau orang dalam yang bertanggungjawab menyebarkan komik propaganda ini dan
tindakan tegas akan diambil.
‘Tak dapat
kelulusan KPM’ – Dr Maszlee
Sebagai Menteri Pendidikan, sekali lagi saya ingin
menegaskan bahawa komik propaganda politik tersebut tidak pernah mendapat
kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM tidak akan membenarkan pengedarannya
ke sekolah-sekolah di bawah KPM.
Semua sekolah yang telah menerima komik tersebut telah
diarahkan untuk tidak disebarluaskan. KPM tidak akan sesekali berkompromi
dengan mana-mana pihak yang cuba mempergunakan sekolah sebagai alat propaganda
murahan.
Saya juga telah mengarahkan KPM untuk menyiasat segera
jika terdapat mana-mana individu termasuk anggota dalaman yang bertanggungjawab
membenarkan komik ini diedarkan di sekolah. KPM akan memastikan siapa sahaja
jika terbukti benar dakwaan ini akan diberi tindakan tegas.
Gesa hormat
keputusan kerajaan
Saya ingin menasihatkan mana-mana ahli DAP yang tidak
berpuas hati dengan keputusan kerajaan agar kembali mematuhi semangat “rule of
law” dan juga “collective responsibility”.
Saya juga ingin menggesa pimpinan DAP untuk
mendisiplinkan ahli-ahli mereka agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh
terhadap perlembagaan dan undang-undang negara. Kedua perkara inilah yang
membina negara kita.
Tindakan merendah-rendahkan parti komponen lain seperti
yang dilakukan oleh Saudara Ronnie Liu ialah tindakan yang biadab dan sangat
tidak berasas.
Budaya politik murahan begini hanya akan merosakkan
keadaan. Ia membawa lebih banyak perpecahan malah membantutkan agenda reformasi
yang sedang kita laksanakan.
Yb Dr Maszlee Malik
23 Oktober 2019
Menerusi laporan Berita
Harian, Dr Maszlee
berkata tindakan itu diambil atas nasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Negara kita memiliki undang-undang yang perlu
dihormati dan dipatuhi. Ini merangkumi semua bahan bercetak, termasuk buku atau
komik politik mahupun bahan propaganda yang jika mahu diedarkan, apatah lagi ke
sekolah, ia perlu mengikut peraturan.
Semua bahan bercetak tertakluk pada undang-undang
percetakan (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984).
Kita bertindak atas landasan undang-undang. Dalam apa
saja tindakan dibuat, kita perlu merujuk kepada KDN.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid
Bador memberitahu penulis komik sudah memberi keterangan di Bukit Aman bagi
membantu siasatan kes. Siasatan wajar akan dibuat selepas KDN mendapati
terdapat perkara tidak benar ditulis.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.