Total Pageviews

Monday 3 February 2020

Jalur Bendera dikurangkan



Jalur Bendera dikurangkan

Bucu Bintang dikurangkan

Isu bendera: Memang sengaja dilakukan - Teo Kok Seong
Suraya Roslan



“SAYA sedih dan marah, ini jelas satu pengkhianatan kepada negara apabila rakyat Malaysia tidak tahu bendera negara sendiri.

“Cari saja di internet, banyak bendera kita yang boleh dijadikan contoh, kenapa perlu menggunakan bintang berbucu lima dengan 11 jalur, memang perbuatan ini sengaja dilakukan.”

Demikian ketegasan dilontarkan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong.

Tular satu klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28.

Menurut Kok Seong, tindakan tidak bertanggungjawab Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) itu boleh dianggap biadap dan mempersendakan negara.

“Jalur Gemilang satu lambang kedaulatan negara, jangan ambil mudah. Lebih-lebih lagi ketika ini terlalu banyak insiden berlaku membabitkan bendera negara seperti diterbalikkan, putih jadi hitam dan orang asing pakai seluar dalam bendera kita.

“Apa yang berlaku ini tidak baik untuk imej negara kerana isu bendera ini berkait soal kedaulatan dan semangat patriotik rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, dia berharap tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pihak terbabit bagi memberi iktibar kepada semua pihak.

“Imej negara tercalar dengan perbuatan biadab ini. Walaupun mereka sudah meminta maaf, namun kesalahan yang dilakukan cukup besar.

“Penganjur perlu bertanggungjawab dan membuat pemantauan sebelum tayangan video dimainkan, tolonglah hentikan budaya buat silap soal bendera negara,” katanya.




.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.