Mat Sabu: Koon Yew Yin musuh Negara ?
HARAP KOON YEW YIN DIHADAPKAN KEMUKA PENGADILAN, SEBAB DIA ADALAH MUSUH NEGARA.
TUDUHAN MAT SABU ADALAH BERAT, DAN KOON YEW YIN MESTI DIAMBIL TINDAKAN.
LEPAS NI KITA NAK TENGOK DAN DENGAR, ADAKAH KOON YEW YIN AKAN DIBICARAKAN.
ATAU DIBUANG DAERAH ATAU NEGARA
-Pak Karamu-
Mana-mana pihak hina tentera adalah musuh negara - Mat Sabu
Mana-mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) merupakan musuh kepada negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad
Sabu.
Mohamad
turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tidak boleh diterima sama
sekali.
“Mutakhir
ini kita lihat disebabkan negara aman dan tenteram, ada yang lupa peranan
Kementerian Pertahanan dan unit-unit dibawahnya.
“Bagi kita, siapa sahaja yang hina ATM, mereka adalah musuh negara, tidak kira mana-mana kaum atau
pihak. Bahkan, bagi kita menghina ATM juga adalah jijik dan tidak boleh
diterima,” kata Mohamad. Mohamad berkata demikian menerusi ucapannya ketika
Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Kementerian
Pertahanan, hari ini.
Hadir sama
dalam Majlis tersebut Timbalannya Liew Chin Tong.
Baru-baru
ini, pengasas Gamuda, Koon Yew Yin dalam blognya berkata ramai anggota tentera
hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak dan
mencadangkan anggota tentera dihantar bertugas ke ladang-ladang Felda.
Kenyataan
itu dibuat Koon menerusi satu tulisan bertajuk "Cadangan saya untuk
mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita".
Bagaimanapun pendapat itu
mengundang kritikan pemimpin kerajaan, pembangkang dan NGO yang berpandangan
kenyataan itu menghina
pasukan ATM.
Selepas dikritik pelbagai
pihak, Koon akhirnya membuat permohonan maaf, terutamanya kepada anggota tentera yang
tersinggung dengan kenyataan itu.
Mengulas mengenai permohonan
maaf dibuat Koon, Mohamad dalam sidang media selepas itu memaklumkan tidak akan
ada perkataan menerima maaf yang akan keluar dari mulutnya, sebaliknya
menyerahkan perkara itu kepada polis.
“Tidak sebut soal maafkan.
Tidak ada perkataan maaf dan sebagainya. Laporan yang dibuat kita serahkan
kepada polis untuk mengambil tindakan atau tidak, atas kebijaksanaan mereka,”
katanya dalam sidang media.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.