Total Pageviews

Monday, 3 February 2020

Tidak wajar NegaraKu diubah dalam bahasa Lain




Negaraku versi Mandarin untuk kefahaman


Mohd Husni Mohd Noor





SIASATAN terhadap video tular murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin mendapati, ia dilakukan bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab menyanyikan lagu kebangsaan itu.


Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan berkaitan penularan video berkenaan yang difahamkan berlaku di sebuah sekolah di Negeri Sembilan.


“Hasil siasatan mendapati bahawa perlakuan tersebut hanya semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dan ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan.


“Bagaimanapun, kementerian ingin mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara asas terhadap lambang negara termasuk lagu kebangsaan, Negaraku dalam PdP.



“Ia supaya tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kementerian Pendidikan juga mengingatkan dan menegaskan kepada semua sekolah bahawa lagu kebangsaan tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa.


bentuk, sekalipun dalam mana-mana acara rasmi sekolah.


Sebaliknya, ia hendaklah dinyanyikan dengan pematuhan seperti termaktub Akta Lagu Kebangsaan 1968.


Sebelum ini, kementerian dalam kenyataan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan membabitkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.


Menerusi video berdurasi 1.22 minit itu kelihatan murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku secara beramai-ramai di dalam kelas tetapi tidak diketahui lokasi dan bila rakaman itu dibuat.


Majoriti murid dalam klip berkenaan berbangsa Cina selain, seorang murid perempuan bertudung.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan akan dibuka susulan penularan video itu.


“Bagaimanapun melalui siasatan awal kita dapati video terbabit sudah lama diambil,” katanya.









Apabila tajuk dibuat sebagai “nyanyian negaraku sengaja dinyanyikan dalam bahasa mandarin untuk kefahaman,” ini jelas menunjukkan para penyanyi itu sudah tidak lagi dapat memahami bahasa Melayu yakni menjadi bahasa yang dituturkan oleh Baginda Sultan. 


Amat tidak adil kepada Baginda Sultan yang diketuai oelh Yang Dipertuan Agong yang telah rela menyerahkan segala kuasa baginda menjadi Raja Berperlembagaan. Apabila Rakyat tidak lagi menghormati institusi Raja ini bermakna perjanjian perlembagaan menjadi tidak sah dan kuasa Raja harus dikembalikan semula kepada Raja Raja seperti mana semasa sebelum penjajahan Portugis lebih 500 tahun dahulu.


Justeru dalam bidang kuasa budi bicara majlis Raja Raja, kita semua adalah rakyat Sultan. Para Sultan menerusi majlis Raja Raja berhak memberi kerakyatan melalui cara cara tertentu dan berhak juga menarik balik taraf kerakyatan tersebut sekiranya taat setia kepada Raja dan negara telah dipertikaikan yakni apabila rakyat itu gagal memahami atau gagal bertutur dalam bahasa yang lazim dituturkan oleh Raja Raja.



.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.