400 termasuk
bekas ahli PKM bertemu
HAMPIR 400 orang termasuk bekas ahli kumpulan
pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengadakan perjumpaan di sebuah dewan di
Kajang, hari ini.
Perjumpaan itu jam 10.15 pagi itu sebagai memperingati
ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani antara kerajaan
Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja program itu, Wong Kam
Leong berkata, pertemuan itu sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara
mereka yang sudah lama tidak bertemu.
Menurutnya, kebanyakan bekas ahli PKM sudah berusia
antara 60 hingga 80 tahun yang mana perjumpaan itu dalam memperkukuhkan kembali
perkenalan mereka.
“Tiada perkara lain dibincangkan dan ia sekadar
eratkan hubungan antara kami,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Wong, majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed
Ali.
Ditanya mengenai mengapa ulang tahun itu diadakan sedangkan tidak pernah diraikan sebelum
ini, Wong berkata, punca utama disebabkan faktor ekonomi yang mana
sumber kewangan yang terhad.
“Dengan itu, tahun ini adalah kali pertama diadakan.
Untuk tahun akan datang, kami tidak pasti akan adakan perjumpaan atau tidak,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten
Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi berkata, permit tidak
diperlukan kerana itu program itu tertutup.
Artikel ini
disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.