Keputusan Gugur Pendakwaan Kes LTTE
Perlekeh Polis: Musa
(Sinar
Harian) – Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa budi
bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana
didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)
disifatkan sebagai berat sebelah dan memperlekehkan tindakan polis.
Bekas
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, keputusan itu juga seolah-olah
menunjukkan LTTE, yang masih disenaraikan sebagai sebuah kumpulan pengganas
oleh Kesatuan Eropah (EU) sehingga kini, seolah-olah istimewa berbanding
kumpulan pengganas lain.
Menurutnya,
sekiranya pihak yang mengagungkan atau bersimpati dengan mana-mana individu
atau kumpulan pengganas tidak menjadi kesalahan, mengapa bekas pelajar
Universiti Malaya (UM), Aishah Atam dipenjarakan atas dakwaan memiliki 12 buku
mempromosi fahaman militan tiga tahun lalu?
“Bagi
saya, keputusan dibuat (Peguam Negara) adalah berat sebelah. Mengapa LTTE
dilayan sebagai sebuah kumpulan berbeza berbanding kumpulan pengganas atau
militan lain?
“Dalam
satu laporan akhbar antarabangsa, Daily Mirror semalam, LTTE terus disenaraikan
sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam senarai terkini individu dan organisasi
yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh Kesatuan Eropah.
“Kalau
tindakan menyimpan gambar pemimpin pengganas tidak termasuk dalam elemen-elemen
‘perbuatan pengganas’, kerajaan kena bebaskan juga Aishah dan orang lain
dikaitkan pengganas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau
mengulas keputusan Peguam Negara yang mengejutkan seluruh negara.
Dalam
kenyataan media sepanjang 11 muka surat, Thomas berkata, setiap seorang
daripada mereka mempunyai gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin
lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka pada telefon bimbit
atau akaun Facebook masing-masing.
“Sekiranya
perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan
meletakkan undang-undang ke tempat tidak dihormati.
“Namun
walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’ di pihak
kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau
memaparkan gambar-gambar itu atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi
pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka yang tidak termasuk dalam kategori
pengecualian Seksyen 130B (4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah
‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” kata Thomas.
Musa
turut menganggap keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap individu-individu
terbabit LTTE sebagai tindakan memperkecil dan memperlekehkan tindakan polis.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.