Himpunan
bekas anggota PKM sebar semula ideologi komunis
3 December
2019
Perhimpunan
bekas anggota Parti Komunis Malaya di Kajang semalam.
KUALA
LUMPUR – Perhimpunan memperingati Perjanjian Damai Hat Yai oleh sekumpulan 300
bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada Sabtu lalu dipercayai bertujuan
menyebar kembali fahaman komunisme yang telah diharamkan kerajaan Malaysia.
Tindakan
kumpulan itu yang turut dihadiri beberapa wakil rakyat dari DAP disifatkan
sebagai sengaja mahu memprovokasi dan mencetuskan kemarahan orang Melayu yang
membenci komunis.
Serentak
itu, Ketua Penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Bahagian Pasir Mas,
Ir. Suharto Mat Nasir membuat laporan meminta polis menyiasat penganjur
perhimpunan itu, yang dikatakan berhimpun secara haram tanpa memohon permit
dari pihak berkuasa.
Laporan
dibuat di Balai Polis USJ8, Subang Jaya semalam menyifatkan pihak
penganjur sengaja mahu memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan dan
keluarga mangsa yang terkorban akibat kekejaman komunis.
Menurutnya,
bekas anggota PKM, Tan Yi Yu yang dilaporkan berkata, “perang PKM ialah perang
yang anti penjajah dan anti imperialisme, yang berjuang untuk kemerdekaan
negara dan demokrasi, kebebasan dan kedamaian” adalah tidak logik sama sekali.
“Mana
ada logik kenyataan tersebut. Sekiranya PKM berjuang untuk kemerdekaan, PKM
sepatutnya meletak senjata dan dibubarkan sebaik sahaja Malaysia merdeka pada
tahun 1957.
“Bukan
meletak senjata pada tahun 1989 iaitu 32 tahun selepas merdeka,” katanya.
Sehubungan
itu, beliau mahu polis menyiasat secara menyeluruh pihak penganjur dan bekas
anggota PKM yang hadir. – MalaysiaGazette
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.