Tan Sri
Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Baharu – Istana Negara
Februari 29, 2020
KUALA
LUMPUR, 29 Feb — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai
Perdana Menteri kelapan.
“Seri
Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin
(Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara
43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan media.
Kenyataan
itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad
Fadil Shamsuddin.
“Setelah
mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili
parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka
Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli
Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen
Pagoh (P143)”.
Menurut
Ahmad Fadil, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah
Jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada 10.30 pagi esok di Istana
Negara.
“Seri
Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh
dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara
yang kita cintai bersama,” menurut kenyataan itu.
Al-Sultan
Abdullah bertitah bahawa ia adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda
menzahirkan harapan agar kemelut politik tersebut berakhir, menurut Ahmad
Fadil.
Istana
Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana
Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan
Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
Menurut
Ahmad Fadil, proses tersebut adalah lanjutan daripada titah Al-Sultan Abdullah
dengan ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk
mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana
Menteri.
Seri
Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan
semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak
media, menurut Ahmad Fadil.
—
BERNAMA
..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.