Total Pageviews

Wednesday, 14 August 2019

Bahaya pewarna sintetik

 

Bahaya pewarna sintetik






Kuala Lumpur: Sistem rawatan air di negara ini perlu sentiasa dikaji atau dinaik taraf supaya lebih banyak bahan pencemar berbahaya yang terkandung di dalam air sungai dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kesan buruk berterusan kepada manusia.

Pakar Toksikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Mustafa Ali Mohd berkata, ini kerana ada beberapa bahan pencemar itu tidak diberikan perhatian seperti pewarna sintetik, bahan buangan industri pakaian, Polychlorinated Biphenyls (PCB), Persistent Organic Pollutants (POP) dan sisa ubat-ubatan terutamanya antibiotik.

Katanya, bahan berkenaan terdapat di dalam kandungan air dan ditemui di beberapa kawasan menerusi kajian di peringkat universiti.

“Pewarna sintetik adalah daripada industri pakaian manakala POP pula daripada bahan pencemar yang dihasilkan industri pertanian. Sebahagian besar POP ini adalah terdiri daripada racun makhluk perosak dan racun rumpai.

“Selain itu, terdapat juga sebatian chloro dan fluoro (bahan yang mengandungi klorin dan flourin yang amat toksik) yang terhasil daripada hasil kelunturan daripada gajet terutamanya peralatan mainan kanak-kanak, alat elektronik dan telefon yang dibuang bersama sisa buangan domestik,” katanya.

Dr Mustafa berkata, pelbagai antibiotik dipercayai sering digunakan dalam industri penternakan seperti ayam dan khinzir bertujuan melindungi haiwan berkenaan daripada jangkitan kuman dan penyakit serta penggunaan dalam makanannya.

“Bahan terbabit boleh mengubah ketahanan bakteria dan menjadikan bakteria itu lebih tahan dan lebih kebal kepada antibiotik tertentu.

“Manusia juga akan terdedah kepada sisa antibiotik ini dalam jumlah yang amat kecil jika mereka meminum air dari sungai yang tercemar kerana berkemungkinan besar bahan ini tidak ditapis ataupun tidak dapat dihapuskan oleh proses pemprosesan air sedia ada di negara ini.

“Kita juga dilarang membuang lebihan ubat-ubatan dan antibiotik yang tidak dimakan bersama dengan sisa buangan domestik.

“Bahan cemar ini akan larut dan masuk ke dalam sungai dan kemudian memasuki badan manusia apabila mereka meminum air sungai berkenaan yang dijadikan minuman dan hasilnya dipercayai boleh mengganggu sistem endokrin manusia,” katanya.

Sabtu lalu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri mendedahkan enam bahan (parameter) pencemar ditemui terkandung dalam air di 33 sungai tercemar di Malaysia tahun lalu dan paling banyak dikesan ialah Nitrogen Amonia dan tahap Keperluan Oksigen Biokimia (BOD).

Empat bahan lain ialah Keperluan Oksigen Kimia (COD) (pembebasan bahan kimia daripada pelepasan industri pembuatan), oksigen terlarut (gas oksigen terlarut dalam air yang tersedia digunakan oleh organisma akuatik), pH (pelepasan bahan berasid atau beralkali yang tinggi dari industri) dan pepejal terampai (bahan dari tapak pembinaan).

Kata Dr Mustafa lagi, kemungkinan besar apa yang dibuang ke dalam longkang atau singki akan datang semula kepada pengguna suatu hari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016




 

..

Teh Pewarna Bahaya


Teh Pewarna Bahaya







Teh Tidak Boleh Ada Pewarna Tiruan, 

Ini Cara Mudah Untuk Anda Mengesan kehadiran Pewarna Turuan Dalam Teh

 



Teh o ais, teh ais ataupun teh o limau ais adalah antara minuman kegemaran ramai rakyat Malaysia. Jika sarapan di waktu pagi, teh tarik antara minuman wajib untuk digandingkan dengan roti canai.

Tetapi tahukah anda sebenarnya serbuk teh berkemungkinan dicampur dengan pewarna dan warna teh yang ada pada air anda sebenarnya tidak original.

Perkara ini didedahkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan di laman facebook mereka.

Menurut perkongsian itu, teh sebenarnya tidak boleh mengandungi sebarang pewarna tambahan kerana ia boleh membahayakan kepada pengguna.

Lalu, bagaimana caranya anda untuk mengesan pewarna tambahan pada serbuk teh yang anda beli?

Guna Air Sejuk

 

”Jika anda ingin mengetahui kehadiran pewarna pada teh, boleh cuba cara ini. Ambil segelas air sejuk (gunakan gelas lutsinar), kemudian tabur sedikit serbuk teh di atasnya. 

”Jika terdapat perubahan warna kekuningan dengan segera, maka ia mengandungi pewarna tiruan,” itulah jawapan yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Jika anda mendapati ada perubahan sama seperti dinyatakan, anda boleh membuat laporan atau menghubungi Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan terdekat di kawasan masing-masing.









..




Pewarna Tiruan


Pewarna Tiruan






Bahang raya dah terasa. Kat Bangi Central tu weekend je dah mula ramai orang. Tapi satu benda Kak Bella nak pesan,
Jauhilah PEWARNA tambahan dalam MAKANAN. Warna warni baju raya takpe. 

Ya betul, semua kukis ke kek ke roti jala tu nampak suwit cantik ceriaaaa je bila bewarna warni. 

Especially Rainbow Cheese Cookies tu kan? Nampak dapp nyee. 

Tapi kesan dia nauzubillah. 

Most bahan pewarna buatan industri ni ada kesan terhadap kesihatan dan ada juga yang karsinogenik.
And,

mostly makanan yang ceria warna warni ni bebudak suka. Cerialah katakan. Kena dengan jiwa anak anak. 

Tapi pernah ke kita fikirkan, Apa jadi pada HATI anak anak kita? Apa jadi pada organ dalaman anak anak kita?
Ingin Kak Bella tegaskan, 

" Ibu bapa yang set dalam tabiat makan harian anak anak, nak makan apa? nak makan sayur ke? nak makan buah ke? nak makan jajan ke? nak bagi makan megi ke? nak ajar minum air kosong je ke? nak ajar minum air gas ke? pepagi wajib minum mailo ke? nak minum cacao ke? " - You decide.
Kalau kita sikit sikit nak bagi diskaun dekat anak, "Takpe, bukan slalu pun nak makan jajan. Bulan ni baru sekali." - maka silakan. 

Jadilah ibu bapa yang tegas dalam perihal makan anak anak.
Pilih dan sediakan yang baik baik. 

Ceriakan juadah makan dengan warni warni asli dari alam.
Allah dah jadikan sayuran dan buahan ni ada 7 warna semuanya jika dihimpunkan semua jenis yang ada dalam dunia. Pasti setiap satu warna itu ada fungsi dan sebab dia dijadikan. 

Banyakkan membaca. 

- - - - -
Panjang lebar Kak Bella tazkirah kat atas nun,

Tapi tahukah uoll, 

apa yang ada dalam pewarna?




#1_Tartrazine (E102 atau Yellow 5).
Tartrazine adalah pewarna kuning yang banyak digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan. Selain berpotensi meningkatkan hiperaktiviti kanak-kanak, pada sekitar 1- 10 dari sepuluh ribu orang , tartrazine menimbulkan kesan samping langsung seperti urtikaria (ruam kulit), rinitis (hidung meler), athma, purpura (kulit lebam) dan anafilaksis sistemik (shock).



#2_Sunset_Yellow (E110, Orange Yellow S atau Yellow 6).
Sunset Yellow adalah pewarna yang dapat ditemukan dalam makanan seperti jus oren, jus nenas, aiskrim, keju, jeli, minuman soda dan banyak ubat-ubatan. Untuk sekelompok kecil individu, konsumsi pewarna aditif ini dapat menimbulkan urtikaria, rinitis, alergi, hiperaktif, sakit perut, mual, dan muntah.
Dalam beberapa penelitian sainstifik, zat ini telah dihubungkan dengan peningkatan kejadian tumor pada haiwan dan kerosakan kromosom, namun kadar konsumsi zat ini dalam kajian tersebut jauh lebih tinggi dari yang dikonsumsi manusia.
Kajian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) tidak menemukan bukti insiden tumor meningkat baik dalam jangka pendek dan jangka panjang kerana konsumsi Sunset Yellow.



#3_Ponceau_4R (E124 atau SX Purple).
Ponceau 4R adalah pewarna merah hati yang digunakan dalam berbagai produk, termasuk selai, kuih, agar-agar dan minuman ringan. Selain berpotensi memicu hiperaktiviti pada kanak-kanak, Ponceau 4R dianggap karsinogenik (penyebab kanser) di beberapa negara, termasuk Amerika Serikat, Norwegia, dan Finlandia.
US Food and Drug Administration (FDA) sejak tahun 2000 telah menyita permis dan makanan buatan Cina yang mengandung Ponceau 4R. Pewarna aditif ini juga dapat meningkatkan serapan aluminium sehingga melebihi batas toleransi badan.



#4_Allura_Red (E129).
Allura Red adalah pewarna merah jingga yang banyak digunakan pada makanan dan minuman. Allura Red sudah dilarang di banyak negara lain, termasuk Belgia, Perancis, Jerman, Swedia, Austria dan Norwegia.
Sebuah kajian menunjukkan bahawa reaksi hipersensitif terjadi pada 15% orang yang menggunakan Allura Red. Dalam kajian itu, 52 peserta yang telah menderita gatal-gatal atau ruam kulit selama empat minggu atau lebih diikutkan dalam program diet yang sama sekali tidak mengandung Allura Red dan makanan lain yang diketahui dapat menyebabkan ruam atau gatal-gatal.
Setelah tiga minggu tidak ada gejala, para peserta kembali diberi makanan yang mengandung Allura Red dan dimonitor. Dari pengujian itu, 15% kembali menunjukkan gejala ruam atau gatal-gatal.

#5_Quinoline_Yellow (E104).

Pewarna makanan kuning ini digunakan dalam produk seperti aiskrim dan minuman tenga. Zat ini sudah dilarang di banyak negara termasuk Australia, Amerika, Jepun dan Norwegia karena dianggap meningkatkan risiko hiperaktiviti dan serangan athma.

Tahu tak uolls, dalam teh pun depa buh pewarna. Bukan teh hijau yang femes itu, tapi teh kuning cicah biskut mayat tu. Itu teh hijau beli di Siam, memang ada pewarna tambahan.

- - - - -

Last but not least,
Pilihlah makanan yang Halal dan Thoiyyib.
Makanan yang baik untuk badan.
Makanan yang ada manfaat untuk kesihatan.
dan jaga juga makanan jiwa kita.
Makanan rohani yang akan membawa kita ke jalan Allah.
P/S: Sekarang dah ada jual ekstrak pewarna natural dari sumber tumbuhan untuk tujuan bakeri atau masakan. Harga agak mahal tapi sumbernya lebih baik. Kalau rajin lebih, buat esktrak warna sendiri. 😊
Leff, Setajah Bella Suka Makan.







..
.