Warisi sungai tercemar, beracun
KOTA BHARU 5 Dis. - Generasi muda
Kelantan dikatakan bakal mewarisi sungai yang tercemar dan beracun akibat sifat
tamak pihak tertentu serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan
negeri.
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai dan Pantai, Kayu Kayan dan Alam
Sekitar (MSPKAS) Kelantan, Mohd. Nor Ibrahim mendakwa, sungai-sungai di negeri
ini yang keseluruhannya sepanjang lebih tiga juta kilometer terancam kerana
kebanyakan pihak hanya meletakkan undang-undang dalam poket mereka.
Sesetengah
pihak mendakwa sikap rakyat membuang sampah ke dalam sungai sebagai punca ia
menjadi kotor dan keruh, padahal mengikut kajian dan pemerhatian kami, punca
sebenarnya datang daripada projek-projek yang diluluskan kerajaan.
Air
sungai menjadi tercemar kerana aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah yang
tidak terkawal, pembalakan, perlombongan emas dan besi serta aktiviti pertanian
di kawasan Lojing yang membabitkan pemotongan lereng bukit sehingga air
lumpurnya masuk ke dalam sungai.
Sekarang
pula, akibat aktiviti mengorek pasir sungai, dasarnya kini menjadi lebih dalam
berbanding dasar laut menyebabkan apabila berlakunya fenomena air pasang, air
laut melimpah masuk ke dalam sungai sehingga ke daerah Pasir Mas dan Pengkalan
Kubor.
Air
laut yang melimpah ini akan kekal terpendam di dalam sungai menyebabkannya
menjadi payau dan lama-kelamaan akan memberi kesan kepada kegiatan sawah padi
penduduk kampung yang bergantung kepada pengairan dari sungai," katanya di
sini hari ini.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita semasa membentangkan hasil kajian yang
dijalankan selama lebih setahun oleh pihak jawatankuasa itu yang ditubuhkan di
bawah Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PPPK). Turut hadir Presiden PPPK,
Ahmad Othman.
Mohd.
Nor memberitahu, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG)
di setiap daerah tidak sepatutnya memberikan lesen mengorek pasir semberono
jika mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal pihak yang mendapat
kelulusan.
Beliau
turut melahirkan kebimbangan dengan kegiatan perlombongan emas di Ulu Sokor,
Tanah Merah yang menurutnya berisiko air bekas lombong dibuang terus ke dalam
sungai.
Beliau
berkata, aktiviti perlombongan emas menggunakan bahan bertoksik yang lebih
berbahaya daripada racun serangga dalam sektor pertanian.
Kerajaan
negeri dilaporkan teruja dengan pendapatan puluhan juta daripada kutipan cukai
perlombongan emas sedangkan apa yang kita dapat apabila sungai kita sudah
mati? Sungai kita dahulu menjadi lubuk kepada banyak hidupan air seperti ikan
kelah, udang dan etak tetapi sekarang tidak lagi.
Adalah
lebih baik kita jaga dan pulihkan semula sungai dilakukan negara seperti
Thailand sehingga boleh menjadi tarikan kegiatan rekreasi pelancong dalam dan
luar negara," katanya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Timur/20121206/wt_04/Warisi-sungai-tercemar-beracun?t=123#ixzz531qyferj
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.