Total Pageviews

Tuesday 2 January 2018

Susu bayi Palsu




KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ISU SUSU RUMUSAN BAYI DISYAKI MENGGUNAKAN CAP DAGANGAN TIRUAN



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita mengenai “Aduan bayi muntah teruk: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) rampas susu dipercayai palsu” yang disiarkan melalui media pada 10 Disember 2017. Laporan tersebut menyatakan pihak KPDNKK Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima (5) lokasi berbeza di Johor Bahru.

KKM mengambil maklum bahawa produk terlibat yang dirampas oleh KPDNKK adalah berkaitan dengan cap dagangan tiruan produk susu rumusan bayi, di mana ianya adalah di bawah bidang kuasa KPDNKK melalui Akta Perihal Dagangan 2011. Manakala KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab bagi memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat. KKM ingin menegaskan bahawa sebarang susu rumusan bayi untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 389, PeraturanPeraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983.

Dalam hal ini, KKM sedang bekerjasama rapat dengan KPDNKK dalam menjalankan verifikasi bagi mengesahkan keselamatan makanan produk susu rumusan bayi yang disyaki menggunakan cap dagangan tiruan tersebut.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.


14 Disember 2017

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.