Total Pageviews

Tuesday 16 January 2018

Agen Biologi 3




Burung pungguk sebagai pemakan tikus sawah

Barn owl - Effective biological control agent for rice field rat management


Abstract

Pungguk jelapang – agen kawalan biologi berkesan untuk pengurusan tikus sawah (Barn owl – Effective biological control agent for rice field rat management) Badrulhadza Amzah Pengenalan Tikus terutamanya daripada spesies Rattus merupakan perosak kepada beberapa komoditi penting seperti padi, kelapa sawit, koko dan tebu di Malaysia.

Bagi tanaman padi, spesies utama yang direkodkan ialah Rattus argentiventer atau lebih dikenali sebagai tikus sawah (Gambar 1). Kerosakan yang disebabkan oleh serangan tikus sawah mencatatkan kehilangan hasil yang tinggi sehingga mendatangkan kerugian yang besar kepada pesawah.

Tikus merupakan sejenis haiwan yang cepat membiak. Penanaman dua kali setahun telah mengakibatkan kejadian serangan dan populasi tikus di sawah padi meningkat kerana haiwan ini mempunyai dua kali tempoh pembiakan setahun.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kawalan secara bersepadu ke atas tikus ini tidak diamalkan secara menyeluruh.
Ini kerana kebanyakan pesawah hanya tertumpu pada cara kawalan menggunakan racun kimia sahaja. Dalam mengawal tikus sawah, pelbagai kaedah boleh digabungkan dan dilaksanakan dan tidak semestinya hanya bergantung pada penggunaan racun kimia sahaja.

Pemilihan kaedah kawalan yang terbaik perlu bersandarkan beberapa faktor seperti kos, aplikasi kawalan, keselamatan terhadap manusia dan kesan terhadap alam sekitar. Kaedah kawalan seperti mekanikal, biologi, penggunaan racun kimia dan amalan kultur perlu dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan bagi mengurangkan kadar kehilangan hasil dengan mengehadkan kerosakan akibat serangan tikus di bawah aras ambang ekonomi.

Secara semula jadi, tikus sawah merupakan sumber makanan atau mangsa kepada beberapa jenis burung seperti burung hantu, gagak dan helang. Buat masa ini, sejenis burung hantu yang dikenali sebagai pungguk jelapang dikenal pasti sangat berkesan sebagai agen kawalan biologi dalam mengawal serta mengurangkan populasi tikus sawah.

Burung pemangsa tersebut kini menjadi pilihan masyarakat pesawah sebagai agen kawalan tikus dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi yang sejak sekian lamanya mengalami kerugian hasil akibat ancaman tikus sawah.

Pungguk jelapang – agen kawalan biologi berkesan untuk pengurusan tikus sawah (Barn owl – Effective biological control agent for rice field ratmanagement) (PDF Download Available). Available from:



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.