Racun Organik Buatan Sendiri
Kebun saya
selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug) dan ulat bulu. Habis pokok saya
banyak mati. Saya jenis tak suka guna racun
kimia.
Pertama,
sebab harganya mahal. Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman, harga sudah
boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak sesuai untuk
pekebun bandar skala rumah.
Kedua, penggunaan
racun kimia berbahaya. Kelengkapan seperti penutup mulut dan sarung tangan
wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab semasa saya belajar di
UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak kena marah dengan pegawai bertugas.
Cuba fikir. Jika untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati.
Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut
kita? Bukankah bahaya?
Jadi saya
pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa
satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.
Bahan A
(kisar):
1. Bawang putih – 1 labu
2. Cili padi – 6 biji
3. Air – 300 mL (satu cawan
biasa)
Setelah
kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.
Bahan B:
1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak
masak pun boleh) – 1 sudu makan
2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah
jenama apa pun) – 1 sudu teh
Alat:
1. Penapis
2. Penyembur – 1.5 L
Cara:
1. Tapis bahan A dan ambil
patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
2. Simpan pati di dalam bekas dan
masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
3. Masuk 100 mL pati dan bahan
B ke dalam penyembur
4. Isi air penuh botol penyembur (1.5
L)
5. Goncang sehingga semua bahan sebati
6. Sembur sampai basah daun terutama
bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur
juga sebagai kawalan.
Cuma sedikit
peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun
Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi
layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair
racun organik ini pada pokok.
Resipi buat
racun organik sendiri ini banyak. Nanti saya kongsikan lagi. Kalau takut
terlepas, boleh langgan emel. Saya akan hantar emel percuma untuk inform
artikel-artikel terbaru di Kebun Bandar.
Izham Alias
adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, UPM Serdang. Konsultan, penulis dan
pensyarah pertanian di Kolej Komuniti. Kemahiran menulis dan berkebun beliau
membolehkan beliau menyampai ilmu pertanian berkesan kepada pembaca secara
online. Beliau juga mengadakan seminar dan bengkel berkebun untuk ‘home
gardeners’ atas permintaan. Boleh terus berhubung dengannya melalui emel izham@kebunbandar.com.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.