Total Pageviews

Tuesday 2 January 2018

Susu bayi palsu 2






PERKEMBANGAN TERKINI ISU SUSU RUMUSAN BAYI DISYAKI MENGGUNAKAN CAP DAGANGAN TIRUAN



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu susu rumusan bayi disyaki menggunakan cap dagangan tiruan seperti yang dilaporkan pada 10 Disember 2017 di mana pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima (5) lokasi berbeza di Johor Bahru.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan KPDNKK dan telah mengambil sampel produk terbabit untuk analisis oleh Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah KKM dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk berkenaan. Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat. Walau bagaimanapun, produk berkenaan tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

28 Disember 2017


.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.