Total Pageviews

Tuesday 2 January 2018

Kes Terpotong Zakar

Kes terpotong zakar, doktor mengaku tak bersalah


KAJANG: Seorang doktor yang sebelum ini dilaporkan terpotong kepala zakar seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika proses berkhatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan mendatangkan kecederaan parah.
Tertuduh, Azahari Hashim, 52, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik semua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Azahari didakwa secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki yang kini berusia 11 tahun di Klinik Keluarga, nombor 6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras Utama, Hulu Langat, di sini, jam 8.15 malam, pada 20 Disember 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Azahari turut dituduh menjalankan klinik perubatan swasta tidak berdaftar, di tempat, waktu dan tarikh sama serta didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, yang boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau denda kedua-duanya.
Bagi pertuduhan terakhir, bapa kepada empat anak itu didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah, di tempat, waktu dan tarikh sama Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh hukum di bawah Seksyen 35 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi, menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Al Sabri Ahmad Kabri, memohon dikenakan jaminan rendah dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan kerana klinik berkenaan sudah ditutup.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Januari ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser.

Isu hangat :


Mana pergi Malaysian Medical Council (MMC) yg regulate antara doktor berkualiti dengan doktor TAK Berkualiti???

Kenapa MMC Senyap jer?

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.