Asid Borik Dalam Mee
Kuning
Mee ladna , mee hailam, mee tomyam , mee goreng
, mee mamak dan bermacam-macam jenis mee yang menjadi menu utama rakyat
Malaysia di restoren ala-Thai,Restoren Mamak 24 jam atau pun hidangan bersama
keluarga di rumah setiap hujung minggu. Malangnya kita tidak pernah terfikir,
macam mana cara membuat mee kuning tersebut?Sering kali kita mendengar mee
kuning di campur dengan asid borik untuk memastikan mee kuning lambat rosak.
Asid borik tidak dibenarkan /diharamkan semasa membuat mee kuning kerana
asid borik boleh sebabkan barah.
Seperti yg dinasihatkan olehBahagian Kawalan
Mutu Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia , cara untuk mengesan sama ada
mee kuning yang berwarna keemasan,adalah dengan menyediakan secawan air serbuk
kunyit dan rendamkan mee kuning kedalamnya.Sekiranya mee tersebut mempunyai
asid borik, mee akan bertukar menjadi warna merah@mee darah.
Tetapi untuk menghukum mee kuning yang
mengandungi asid borik dengan meremdam dengan air serbuk kunyit adalah kurang
tepat dan tidak adil. Kadang-kadang mee kuning akan menjadi merah disebabkan
kealkian pH 14 yang tinggi dan bukannya disebabkan oleh Asid borik. Kealkalian
mee yang tinggi adalah hasil penambahan air soda ( Natrium Bikarbonat ) semasa
pemprosesan mee untuk mendapat tekstur yang diingini.Air soda dalam mee ini
akan bertindak balas dengan kunyit/rempah (yang mengandungi kunyit ) yang
ditambah semasa masakkan akan menyebabkan perubahan warna kepada mee iaitu dari
warna kuning kepada warna merah.Jika bahan berasid seperti cuka ,sos tomato dan
sebagainya ditambah semasa masakan , warna mee yang merah akan bertukar menjadi
warna kuning.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.