Total Pageviews

Tuesday 2 January 2018

BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUM





BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG GANDUM







Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum video yang ditularkan melalui media sosial mengenai dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menjejaskan kesihatan.

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.

Hasil pemantauan KKM ke atas 202 sampel pelbagai tepung di pasaran dari tahun 2014 menunjukkan semua tepung tersebut mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

KKM amat peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan sentiasa memantau isu-isu berhubung keselamatan makanan. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq


Isu:

1.  Maaf, kita tidak bersetuju dengan Frasa Unit Keselamatan Makanan KKM Putrajaya membebankan kepada Pegawai Kesihatan Daerah iaitu sekiranya ada kemusykilan sila hubungi Pegawai Kesihatan Daerah Terdekat. Persoalannya: adakah Pegawai Kesihatan Daerah mampu membuat kajian keselamatan toxicologi sedangkan kajian ini hanya mampu boleh dibuat oleh Unit Keselamatan Makanan KKM Putrajaya sendiri bersama unit Kimia Tulin dari Research Universiti bersama unit Toxicologi Research Universiti?

2.  Benzoyl peroxide adalah bahan kimia. Dalam kuantiti sedikit mungkin selamat untuk manusia atau tiada kesan kepada manusia tetapi bagaimana jika manusia tersebut atau anda memakan roti setiap hari?

3.  Bagaimana yang dikatakan selamat kepada kesihatan manusia?

4.  Setiap bahan kimia mempunyai kesan bioaccumulative atau bahasa malaysianya sikit sikit lama lama jadi bukit... Justeru, pernahkah unit Keselamatan Makanan KKM membuat kajian terperinci atau toxicology study apa kesan jangka panjang benzoyl peroxide kepada kesihatan manusia untuk jangka panjang.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.