Total Pageviews

Tuesday 2 January 2018

Terpotong Zakar Kanak-kanak Semasa Berkhatan Doktor Didakwa




Terpotong Zakar Kanak-kanak Semasa Berkhatan, Doktor Didakwa




Tarikh kemaskini: 28/12/2017


KAJANG, 28 Dis (Bernama) -- Seorang doktor yang dikaitkan dengan kes terpotong bahagian kepala zakar seorang kanak-kanak lelaki ketika melakukan proses berkhatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan, termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, tahun lepas.

Dr Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Azahari didakwa secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa empat anak itu juga dituduh menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.